Wednesday, May 21, 2014

4 FOTO SEBAGAI BUKTI "SAMSENG MELAYU UMNO/BN" GANGGU KEMPEN CALON MELAYU DAP PRK PARLIMEN P076 TELUK INTAN.



Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud petang ini diganggu oleh 'samseng' Barisan Nasional (BN) semasa sesi bertemu pengundi di Kampung Padang Tembak, Teluk Intan, kata ahli Parlimen DAP.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata samseng seramai lapan orang itu menghalakan ekzos motor kepada pasukan kempen DAP yang mahu menemui pengundi di kawasan itu.

“Ada cubaan provokasi daripada sekumpulan samseng berbaju dan bertopi BN. Mereka membawa motor dan menghalakan paip ekzos ke arah hadirin. Asap keluar banyak dan bunyi memang kuat.

“Jelas mereka lakukan provokasi dan mahu menghalau, tetapi kita tetap teruskan, malah peniaga dan pembeli menasihati kami tidak menghiraukan perlakuan tersebut,” katanya.

Semalam Dyana turut menerima provokasi daripada seorang pemuda bermotosikal dengan membunyikan hon dan mempersoalkannya mewakili DAP.

Bagaimanapun, Dyana tidak menghiraukan pelakuan tersebut dan terus mengukirkan senyuman kepada penduduk setempat sambil memperkenalkan dirinya.

Zairil berkata semasa sesi bertemu pengundi petang ini, mereka turut ditemani ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain.

Katanya, meskipun provokasi sedemikian dijalankan, namun Dyana dan pasukan kempennya berjaya menyelesaikan misi mereka menemui pengundi di kawasan tersebut.

“Mereka marah dan menjerit di depan muka kami mengatakan ‘ini kampung Melayu’.

“Kami dari Pakatan datang bersama ahli Parlimen PAS dan pemimpin PKR setempat. Kami pastikan keselamatan Dyana dan tidak membiarkan kumpulan berkenaan menghampirinya.

“Nasib baik tiada apa yang berlaku. Polis datang lambat. Samseng itu membuat kacau sehingga minyak motor mereka habis,” katanya.sumber

No comments:

Post a Comment