TULISAN ini bercadang untuk menjawab isu yang dibangkitkan dalam dua forum yang saya dijemput sebagai panelis iaitu forum di RTM dan forum anjuran MCA. Memandangkan kesuntukan masa dalam kedua-dua forum ada isu yang tidak sempat dijawab cuba dijawab di sini. Insya-Allah untuk kali ini saya jawab dulu hujah wakil Umno dalam forum di RTM .
Dalam forum di RTM, wakil Umno iaitu Adun Kok Lanas, YB Datuk Che Alwi menyatakan PAS tidak wajar meminta Umno membawa rang undang undang Kerajaan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan hudud kerana hudud adalah agenda PAS dan bukannya agenda Umno. Mungkin kita berhak bertanya hudud ini agenda Islam atau agenda PAS atau Umno ?
Jika ia agenda Islam , mengapa Umno melabelkan ia adalah agenda PAS sebagaimana Umno pernah juga tuduh hudud di Kelantan adalah hudud PAS? Dan mengapa Umno tidak mahu menggunakan kuasanya di Parlimen membawa rang undang undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 ? Bukankah akta ini Umno yang gubal dan luluskan di parlimen dan bukankah akta ini menghalang hukuman hudud dan qisas dilaksanakan? Jadi mengapa Umno yang ada kuasa majoriti di parlimen enggan meminda akta ini bagi membolehkan bukan sahaja Kelantan, tapi semua mahkamah syariah di negara ini mempunyai kuasa untuk melaksanakan hudud dan qisas.
Keduanya, jika hudud bukan agenda Umno maka bagaimanakah PAS dan umat Islam boleh percaya parti yang tidak menjadikan hudud sebagai agenda mereka akan menyokong parti yang mempunyai agenda hudud? Dan apakah jaminan parti yang tidak ada agenda hudud akan menyokong hasrat PAS jika sekiranya rang undang undang persendirian dibawa oleh PAS? Bagaimanakah kita boleh pastikan parti yang tidak ada agenda hudud ini tidak mempunyai agenda lain atau agenda tersembunyi dalam isu hudud ini?
Dengan rekod sejarah Umno yang tidak peduli rang undang undang persendirian yang PAS bawa di Parlimen bagi mewujudkan kesalahan irtidad dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 sehingga menyebabkan sehingga kini murtad bukan dikira satu kesalahan di Wilayah Persekutuan, adakah boleh kita percaya parti yang tidak menjadikan hudud sebagai agenda mereka akan bersedia menyokong PAS jika rang undang undang persendirian di bawa oleh PAS?
Che Alwi juga menyatakan rakyat perlu membezakan antara menolak hudud dan tidak melaksanakan hudud pada masa ini. Kata beliau, Umno tidak tolak hudud cuma Umno rasa buat masa ini ia tidak sesuai. Katanya juga Umno gunakan pendekatan penerapan nilai nilai Islam dan beransur-ansur sebab itu Umno buat bank islam, universiti Islam dan lain lain terlebih dahulu.
Kita agak pelik, jika Umno tidak tolak hudud mengapa Umno pula tidak terima hudud? Jika Umno kata tidak tolak hudud, Umno kena terlebih dahulu minta maaf kepada rakyat khususnya umat Islam secara terbuka kerana terlalu banyak kenyataan pemimpin Umno sebelum ini yang menghina hukum hudud. Malahan para pemimpin itu masih ada di negara ini. Jika perdana menteri sebelum ini dan yang terbaru ahli parlimen Umno dari Pulai menyatakanUmno tidak akan melaksanakan hudud di negeri yang Umno perintah bukankah ini juga menolak hudud meskipun tidak menyebut perkataan menolak? Jika tidak tolak mengapa tidak mahu laksana walaupun dah berkuasa 59 tahun?
Keduanya, sampai bila Umno benar-benar bersedia laksanakan hudud, sedangkan Umno sudah berkuasa 59 tahun iaitu sejak tahun 1955? Jika masa Umno ada dua pertiga kerusi di Parlimen pun Umno tidak bersedia bagaimana dalam keadaan Umno kini tidak ada kuasa dua pertiga di Parlimen? Jika Umno yang menguasai segala-galanya dan kuasa yang banyak masih tidak bersedia bagaimanakah PAS yang hanya ada sedikit kuasa boleh bersedia?
Ketiganya, mengapa tidak ada satu pun negeri yang Umno perintah, Umno gubal undang undang hudud? Keempatnya, Umno kini berkuasa di Terengganu. Kenapa Umno tidak mahu laksanakan hudud di sana dalam keadaan PAS sudah tolong gubalkan Enakmen Hudud dan Qisas di negeri tersebut? Kelima, mengapa Umno tidak guna RTM atau Radio atau akhbar harian yang Umno kuasai menerangkan kebaikan hudud kepada rakyat selama ini? Adakah ini semuanya yang dimaksudkan bahawa hudud bukan agenda Umno?
Ya, Umno buat Bank Islam tapi yang peliknya Kelantan di bawah PAS yang simpan wang kerajaan dalam bank Islam. Negeri yang Umno perintah pun tidak semua wang kerajaan disimpan dalam bank Islam meskipun Umno berbangga dia buat bank Islam. Keduanya, Umno buat bank Islam bagi memastikan urusan muamalat di negara ini menepati syariah (syariah compaliant). Tetapi mengapa dalam urusan jinayat Umno tidak mahu pastikan ia juga syariah compliant? Kenapa Umno tidak mahu pastikan mahkamah syariah laksanakan undang undang yang bersifat syariah compliant?
Jika Umno tubuh bank Islam, mengapa Umno juga benarkan perniagaan dan pusat judi dan ambil cukai daripada wang judi?
Ya, Umno tubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan PAS akui perkara tersebut dan saya antara orang PAS yang belajar di situ. Di UIA saya diajar antara lain hukum syariah termasuk hudud wajib dilaksanakan oleh pemerintah. Mengapa apabila saya keluar dari UIA saya lihat apa yang UIA ajar ingin dilaksanakan oleh PAS dan tidak mahu dilaksanakan oleh Umno? UIA ajar hudud sebahagian dari agenda Islam mengapa di luar UIA, parti yang berbangga tubuhkan UIA menyatakan hudud bukan agenda kami (baca Umno)?

No comments:
Post a Comment