Wednesday, May 21, 2014

Malang berganda


Kali pertama berlaku ketika dia berusia 47 tahun dan Bosnia dilanda peperangan menyebabkan rumahnya di Topcic Polje musnah.

Di atas tanah miliknya Ramiz membina semula kediaman dan hidup baru sambil berharap keadaan menjadi lebih baik. Kini ketika berusia 65 tahun, dia kehilangan kedua-duanya tanah dan rumah apabila runtuhan tanah melanda kampungnya.
Walaupun Ramiz berjaya menemui kembali dokumen hak milik tanah itu, ia ternyata tidak membawa banyak makna. “Ini ternyata lebih teruk daripada zaman perang,” katanya.

Ketika kawasan itu serta Bosnia dilanda bencana, keluarga Ramiz terpaksa bergegas menyelamatkan diri tanpa sempat mengambil barangan penting.

Keadaan itu menyebabkan Ramiz sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.
Foto
SEORANG lelaki membawa penyodok berbasikal merentasi kawasan yang musnah dilanda banjir dan tanah runtuh di Maglaj, Bosnia-Herzegovina, semalam.
Ramiz memang menerima bayaran pencen 215 euros (RM947) sebulan dan ia digunakan untuk menyara isteri, anak lelaki dan menantunya.

Mereka adalah sebahagian daripada 44 peratus penduduk Bosnia yang menganggur ketika ini.
Kata Ramiz, dia tidak tahu berapa banyak rumah musnah akibat tanah runtuh di kawasannya berkenaan dia akan terkejut jika 30 peratus daripada 1,430 penduduk di situ masih boleh menetap di Topcic Polje.

Lebih 2,000 kejadian tanah runtuh dilaporkan dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini di Bosnia, Serbia dan Croatia ketika ketiga-tiga negara dilanda banjir terburuk dalam sejarah Eropah.

Sekurang-kurangnya 40 orang mati dalam banjir sejak lima hari lalu berpunca daripada hujan lebat yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Menteri Luar Bosnia, Zlatko Lagumdzija menganggap tanah runtuh dan banjir yang berlaku sebagai yang terburuk setakat ini.

“Selepas peperangan berakhir, mereka kehilangan segala-galanya,” katanya. “Kini mereka tidak mempunyai apa-apa kecuali hutang bank untuk membina semula kediaman mereka,” katanya. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/21

No comments:

Post a Comment