Friday, May 30, 2014

4 mangsa culik Boko Haram loloskan diri


Lagos: Empat gadis yang diculik oleh kumpulan Boko Haram bulan lalu berjaya melarikan diri.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Pelajaran negeri Borno yang memberitahu perkembangan itu, enggan memberi butiran lanjut.


Dalam pada itu, tentera Nigeria masih enggan menggunakan kekerasan bagi menyelamat baki 219 pelajar perempuan yang ditahan kumpulan berkenaan sejak enam minggu lalu kerana bimbang nyawa mereka terancam.

Pelajar berkenaan diculik ketika menduduki peperiksaan di sebuah sekolah menengah di Chibok, sebuah kampung pedalaman di timur laut Nigeria.


Kumpulan berkenaan bertindak mengepung sekolah itu dan memaksa 275 pelajar menaiki trak sebelum membawa mereka ke lokasi yang tidak diketahui.


Lima puluh tiga mangsa berjaya menyelamatkan diri tidak lama selepas kejadian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/30

No comments:

Post a Comment