Saturday, May 31, 2014

7 batalion tentera Russia belum undur


Singapura: Russia sudah mengundurkan kebanyakan tenteranya daripada sempadannya dengan Ukraine, tetapi tujuh batalion merangkumi ribuan tentera masih terus berada di sana.

Perkara itu dinyatakan seorang pegawai pertahanan Amerika Syarikat (AS) semalam.

Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel yang berada di Singapura bagi menghadiri satu persidangan keselamatan, menyifatkan pengunduran itu petanda baik, tetapi perlu dilakukan secara menyeluruh.

Laporan itu menyatakan: “Majoriti sudah berundur tetapi masih ada tujuh batalion yang masih kekal”.

“Tindakan mengundurkan tentera dan segala kelengkapan persenjataan adalah petanda baik, tetapi masih ada yang kekal di situ dan ia tidak dianggap berundur selagi ia tidak dilakukan secara menyeluruh,” kata Hagel.

Tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebelum ini menganggarkan kira-kira 40,000 tentera Russia berada berhampiran sempadan Ukraine.

Sementara itu, Pemangku Menteri Pertahanan Ukraine berkata, tentera negara itu akan meneruskan operasi ketenteraan ke atas wilayah timur yang dikuasai pemberontak sehingga keamanan berjaya dikembalikan.

Mykhailo Koval berkata demikian selepas 14 anggota tentera termasuk seorang jeneral terkorban apabila helikopter mereka ditembak jatuh pemberontak pro-Russia Khamis lalu.

“Tugas kami adalah untuk mengembalikan keamanan dan kedaulatan di wilayah berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment