Thursday, May 29, 2014

Adam Corrie Mahu TV3 Henti Sebar Fitnah

Pelakon Adam Corrie meminta stesen televisyen TV3 berhenti dari memfitnahnya dengan mengatakan dirinya merupakan seorang ahli parti PAS sehingga dia telah digam oleh stesen televisyen berkenaan.


Adam Corrie

"Saya mula menyedari tentang hal ini tahun lalu. Pada waktu itu, saya telah ditawarkan untuk memegang watak utama dalam sebuah telemovie berjudul "Zikir Tanpa Bibir".

"Setelah telemovie itu siap sepenuhnya, produsernya ada berjumpa dengan pihak TV3 untuk mendapatkan hak penyiaran.

"Namun, sejurus mereka mendengar nama saya, telemovie tersebut ditolak mentah-mentah. Mereka memberikan alasan bahawa saya merupakan ahli PAS," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambah Adam yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007 lagi, selepas telemovienya ditolak mentah-mentah oleh TV3, malah program ilmu berjudul "Muhammad Ku" yang turut menampilkannya dalam dua episod turut dipotong dan digantikan dengan orang lain.

"Baru-baru ini saya telah dijemput untuk menghadiri rakaman program ilmu berjudul "Muhammad Ku". Namun setelah merakamkan sebanyak dua episod, produser rancangan itu menghubungi saya dan memberitahu, khidmat saya tidak diperlukan lagi.

"Tambah produser itu lagi, babak yang melibatkan penampilan saya telah dipotong dan digantikan dengan orang lain."

Dalam pada itu, Adam meminta pihak TV3 yang mendakwa dirinya seorang ahli PAS untuk tampil berikan bukti.

"Jika benar saya merupakan ahli PAS, buktikan. Saya terkilan kerana ada antara selebriti yang secara terang-terangan terlibat dengan parti tersebut tetapi masih dibenarkan muncul dalam drama pada slot waktu perdana."http://www.sentiasapanas.com/2014/05/adam-corrie-mahu-tv3-henti-sebar-fitnah.html

No comments:

Post a Comment