Thursday, May 29, 2014

Hospital kena bom


Pattani: Sepuluh orang cedera dengan tiga daripadanya parah, manakala lebih 50 kenderaan rosak apabila sebutir bom meletup di kawasan parkir Hospital Khok Pho semalam.

Bom itu dipercayai dipasang pada sebuah motosikal sebelum meletup kira-kira jam 9.30 pagi menyebabkan berlaku kebakaran di kawasan berkenaan.

Jurucakap hospital berkata, mangsa yang cedera ialah seorang tentera, tiga sukarelawan keselamatan dan enam orang awam.



Katanya, serangan bom semalam adalah yang pertama berlaku di hospital milik kerajaan di kawasan berkenaan.

“Pasukan perubatan dari Hospital Pattani dan Hospital Nong Chik diarah ke Khok Pho bagi membantu petugas sedia ada,” katanya.


Sementara itu, di Yala seorang ketua kampung ditembak mati di depan orang ramai yang memenuhi pasar di Yaha, Yala.


Saksi berkata, dua lelaki mengekori mangsa sebelum seorang daripadanya menembak ketua kampung terbabit di kepala menggunakan pistol.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

No comments:

Post a Comment