Thursday, May 29, 2014

Akaun ASB Di Bekukan Selepas Anda Meninggal!

Masih ramai pelabur ASB yang tak tahu perkara yang akan saya tu

lis di bawah. Jadi saya berpendapat elok jika dapat saya kongsikan bersama masyarakat bumiputera kita.

ASB

Ramai di antara kita mempunyai pelaburan saham ASB, tak kiralah sama ada secara pelaburan terus mahupun secara pinjaman atau lebih popular ASB Loan. Walau macam mana sekalipunmethod pelaburan ASB yang anda lakukan, ada satu perkara yang anda perlu ketahui iaitu..

Simpanan dan pelaburan anda di ASB akan dibekukan selepas kematian anda. Ya! Segala simpanan dan pelaburan anda di ASB dibekukan sejurus anda meninggal dunia (Akta Probate 1959).
Untuk makluman anda juga, tiada penamaan pada simpanan dan pelaburan anda di ASB kecuali jika anda telah melaksanakan pengisytiharan amanah (produk baru ASB).

Dan saya percaya rata-rata pelabur ASB tidak membuat pengisytiharan amanah kerana sebab berikut:
  1. Caj pengurusan yang dikenakan ASNB untuk pengisytiharan amanah
  2. Pelabur sendiri tak pernah tahu & tak mahu ambil tahu hal ini
  3. Pelabur rasa belum nak mati lagi untuk penamaan dan tak pernah rancang masa akan datang

Lihat screenshot laman web ASB atau klik [SINI] kalau masih tak percaya selagi tak baca. Saya petik ambil part yang penting sahaja, nak penuh boleh teruskan di laman ASB.

ASB-Linta-Darat

Bagi saya, tiada guna kalau ketika hidup kita bersusah payah, ikat perut untuk menyimpan duit kalau akhirnya lepas meninggal kesemua duit tersebut DIBEKUKAN macam tu aja.

Nak jadi pelabur, jadilah pelabur yang cerdik. Untuk apa anda sumbangkan simpanan anda ke dalam kumpulan wang tak dituntut sedangkan ahli keluarga yang masih hidup terpaksa catu makan minum selepas anda meninggal dunia kerana kedaifan anda mengurus simpanan dan pelaburan anda ketika hidup. Nak letak penama pun berkira-kira, akhirnya duit tu tak kemana.

Bila saja berlaku kematian pada pemilik akaun ASB, dengan serta merta pelaburan ASB akan dibekukan, duit dalam ASB bukan terus dapat pada anak, pada pasangan mahupun ibu bapa yang masih hidup.

Tak kira la dalam ASB tu ada RM 100,000 mahupun RM10 sekali pun.

Beku tetap beku. That's the rule.

Bila duit dah beku, keluarga atau waris yang menuntut perlu dapatkan Surat Tadbir Pusaka bagi membolehkan pengeluaran duit ASB si mati dilakukan.

Prosedur-Rumit-ASB

Jika selama ini berpendapat bahawa keluarga anda terima semua simpanan anda setelah anda dapat title 'arwah', anda SILAP BESAR!

Sebaliknya keluarga anda menderita. Kenapa? Duit anda dahlah dibekukan. Bagi yang buat pelaburan secara ASB loan lagi la naya. Mana tak nayanya, anda ingat bank hapuskan hutang loan ASB macam tu saja kalau meninggal dunia?

Siapa nak tanggung hutang tu? Siapa lagi kalau bukan waris anda. Sebab tu ada bank yang bijak, dia kenakan caj insuran secara monthly basis ke dalam pembiayaan ASB loan anda supaya bila anda meninggal dunia, hutang tu dapat ditebus melalui insuran. Bank adalah organisasi yang tak akan buat bisnes yang tak memberi keuntungan pada mereka, ingat tu!

Apabila harta simpanan sudah dibekukan, waris anda perlu mendapatkan Surat Tadbir Pusaka, kena kumpul waris-waris yang masih hidup yang lain untuk pengagihan baki pelaburan.

Kebiasaannya proses ini memakan masa berbulan lamanya, malah ada yang memakan masa bertahun-tahun namun masih tak selesai tuntutan harta si mati bergantung kepada kes.

Dan disini, pengurus surat tadbir pusaka akan caj 4% untuk uruskan harta yang nak diagihkan. Kalau 4% daripada RM100,000, dah berjumlah RM4,000 (boleh buat upah haji 2x).

Andai kata ada pertelingkahan dalam urusan agihan, maka makin panjang masa akan diambil untuk duit pelaburan yang telah dibekukan sampai kepada keluarga kita terutama sekali anak, pasangan dan ibu bapa.

Prosedur-Rumit-ASB [2]

Maka tak hairan la kenapa sehingga kini masih terdapat RM40 bilion harta umat Islam yang telah meninggal dunia dibekukan.

Kenapa boleh timbul pertelingkahan?

Kerana pembahagian adalah berdasarkan faraid. Termasuk pelaburan ASB si mati.

Jika anda sebagai isteri yang baru kematian suami, dengan andaian jumlah pelaburan arwah suami RM100,000, anda hanya layak terima 1 bahagian sahaja (rujuk kalkulator faraid dan tertakluk kepada bilangan ahli keluarga waris yang masih hidup yang layak menerima harta faraid).

Prosedur-Rumit-ASB [3]

Setelah ditolak agihan mengikut faraid, si balu mungkin menerima beberapa ribu ringgit dari jumlah RM100,000. Jadi jika ada menyimpan dengan jumlah besar dalam ASB, tercapaikah hasrat anda untuk anda agihkan duit tersebut terus ke anak, pasangan atau ibu bapa anda dengan jumlah yang anda sendiri tentukan untuk mereka?

Saya tidak mempertikaikan pembahagian harta secara faraid, jauh sekali untuk menolak hukum faraid. Tetapi di sini saya ingin memberi tahu kepada semua pelabur ASB bahawa terdapat alternatif agihan simpanan ASB selepas meninggal dunia iaitu melalui pengisytiharan amanah dan konsep hibah (hadiah).

Jadi, anda sebagai pelabur ASB boleh terus menamakan keluarga anda untuk menerima jumlah hibah jika anda meninggal dunia nanti tanpa perlu agihan faraid. Cara ini lebih baik untuk anda pastikan waris anda yang mana perlu menerima duit yang telah anda laburkan dan mengelakkan berlakunya perselisihan keluarga setelah anda meninggal dunia nanti.

Pemegang amanah asnb

Maklumat lanjut kunjungi mana-mana cawangan ASB terdekat anda untuk maklumat lanjut.

Namun, jika anda ragu-ragu tentang ke mana arah simpanan ASB anda setelah meninggal dunia, sila berhubung terus dengan pejabat ASB dan pilihlah HIBAH amanah untuk kesenangan keluarga anda nanti.

Perbandingan Simpanan ASB dan Takaful

Jangan bekukan harta anda setelah kematian anda nanti. Kesian anak-anak, pasangan dan ibu bapa.

Sumber: Tengoktvonline.blogspot.com

No comments:

Post a Comment