KUALA TERENGGANU 13 Mei - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said masih mengambil sikap berdiam diri dan enggan menemui pihak media serta mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kemelut politik yang melanda Terengganu ketika ini.
Menurut kalangan yang rapat dengan beliau, Ahmad dijangka hanya akan berbuat demikian bagi menjelaskan pendiriannya yang sekali lagi mencetuskan krisis politik dan hala tujunya kelak pada minggu depan.
Ini dikatakan akan diumumkan setelah menyelesaikan majlis perkahwinan anak perempuannya di Telok Kalong pada 17 Mei ini.
Katanya, diharap semua pihak memberi ruang serta menghormati pendirian bekas Menteri Besar berkenaan berhubung isu itu.
``Kenyataan awal yang diberikan semalam kepada satu stesyen televisyen sudah cukup untuk semua mengetahui keadaan sebenar,'' ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140513/po_27/Kenyataan-kepada-media-selepas-majlis-perkahwinan-anak#ixzz31aNvmvF4
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment