NARATHIWAT 12 Mei - Wilayah Narathiwat dan Yala di selatan Thailand, digegar lebih 30 serangan termasuk tembakan, serangan bom dan perbuatan membakar dengan sengaja dipercayai dilakukan puak pemisah.
Penasihat Keselamatan kepada Perdana Menteri, Paradorn Pattanathabutr berkata, serangan itu disasarkan terhadap beberapa kawasan termasuk pusat beli-belah dan tiang-tiang elektrik.
Kami percaya kumpulan pemisah cuba merekrut lebih ramai penduduk untuk menjadi anggota kumpulan mereka," kata Paradorn kepada Reuters.
Polis di wilayah Narathiwat pula berkata, serangan bom dilancarkan di lebih 10 lokasi antaranya tiga di Sungai Golok, menyebabkan seorang wanita Islam dikenali sebagai Sarika Mama terbunuh.
Letupan itu turut menyebabkan beberapa individu lain cedera termasuk seorang pegawai keselamatan," katanya.
Dua lagi letupan bom berlaku di daerah Tak Bai, sementara kebakaran dikesan di dua lokasi di daerah Sungai Padi.
Di Yala, polis berkata, letupan bom menumbangkan dua buah tiang elektrik di daerah Yaha, manakala letupan pula didengari di daerah Than To dan Muang.
Anggota pemisah turut melancarkan serangan tembakan dan membakar tiang elektrik di daerah Krong Pinang.
Bunyi tembakan juga didengar di dua lokasi di daerah Bannang Sata.
Lebih 5,700 penduduk terkorban di wilayah selatan bergolak ini sejak Januari 2004 dan lebih 40 orang terbunuh, tahun ini sahaja.
Rundingan damai dengan beberapa kumpulan pemisah tahun lalu gagal menamatkan keganasan di wilayah ini.
Dialog itu turut terhenti ketika krisis politik Thailand di Bangkok dilihat semakin meruncing. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140513/lu_03/Selatan-Thai-digegar-30-serangan#ixzz31XghiNd2
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment