Sunday, May 25, 2014

Pertempuran berterusan di timur Ukraine


Mayat seorang pengawal keselamatan kebangsaan Ukraine terbaring di jalan raya selepas dia terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan pemisah pro-Rusia di Kampung Karlivka, Donetsk, timur Ukraine, kelmarin . - AP
KIEV 24 Mei - Kumpulan pemisah pro-Rusia dan militia Ukraine bertempur di timur negara ini, semalam menyebabkan tujuh orang terbunuh, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan menjelang pilihan raya Presiden Ukraine, esok.
Pemimpin Barat pro-Ukraine berharap pilihan raya tersebut akan memulihkan keamanan di tanah bekas Kesatuan Soviet itu yang terjejas akibat bantahan yang menggulingkan bekas Presiden, Viktor Yanukovich, selain aktiviti pemisah pro-Rusia yang menawan Crime dan beberapa lagi wilayah di timur negara ini.
Pihak berkuasa Ukraine, sebelum ini berjanji untuk menggantung operasi antipemisah pada hari pengundian, tetapi pertempuran yang berlaku di pusat pemeriksaan di bandar Donetsk semalam, menunjukkan keganasan mungkin berlanjutan dan boleh menjejaskan proses pilihan raya.
Keganasan terbaharu itu berlaku sehari selepas 18 askar Ukraine terbunuh dalam pertempuran di Volnovakha, apabila kumpulan pemisah menyerang secara mengejut sebuah pos kawalan tentera.
Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi jaminan akan menghormati keputusan pilihan raya Presiden Ukraine yang berlangsung esok, tetapi memberi amaran bahawa Ukraine boleh terjerumus dalam perang saudara ekoran keganasan yang dicetuskan oleh kumpulan pemisah.
Putin turut meredakan ketegangan apabila mengarahkan kira-kira 40,000 tentera Rusia di sepanjang sempadan Ukraine berundur dari situ.
"Moscow memahami kehendak rakyat Ukraine yang mahu melihat krisis di negara mereka berakhir dan saya memberi jaminan pilihan mereka akan dihormati.
"Saya bekerjasama dengan kerajaan Ukraine dan akan melakukan perkara yang sama dengan kerajaan baharu yang bakal dilantik," katanya. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140525/lu_03/Pertempuran-berterusan-di-timur-Ukraine#ixzz32fvHT4wZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment