- Chong Eng, Boon Poh, Rayer (kiri, hadapan) menunjukkan SMS berbaur perkauman disebarkan menggunakan nombor telefon bimbit mereka
Ia membabitkan Adun Perai dan juga Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy, Adun Sungai Puyu, Phee Boon Poh, Adun Padang Lalang, Chong Eng dan Adun Seri Delima, RSN Rayer.
Berikutan itu, mereka membuat laporan polis hari ini.
Ramasamy dalam laporan polis pagi semalam berkata, nombor telefonnya digunakan untuk menghantar SMS berbunyi 'Ingat pengundi Sg Gelugor/Kg Melayu gerai kamu akan dirobohkan selepas PRK!!!'.
Boon Poh yang membuat laporan dua hari lalu, mendakwa nombor telefonnya itu menghantar SMS berbunyi 'MCA dan (dah) menyerah kalah, Gerakan Pulau Pinang bila lagi? Lepas ini kita akan jadikan P.Pinang sebagai Singapore,'.
Rayer membuat laporan pada malam semalam manakala Chong Eng pagi tadi.
Ramasamy dan Chong Eng membuat laporan di Balai Polis Bukit Mertajam manakala Boon Poh di Balai Polis Lebuh Pantai dan Rayer di Balai Polis Jelutong.
No comments:
Post a Comment