Monday, June 30, 2014

Saifuddin letak jawatan, protes penyingkiran Prof Redzuan

HARAKAHDAILY |
KUALA LUMPUR: Bagi menunjukkan solidariti dan simpati terhadap tindakan pentadbir Universiti Malaya 'menyingkirkan' Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM) hari ini.

Pengumuman itu dibuat Saifuddin (gambar, kanan) di laman facebook beliau sebentar tadi.

Berita mengenai perletakan jawatan Dr Mohamad Redzuan disiarkan The Malaysian Insider (TMI) pagi tadi yang mendakwa tindakan UM itu dibuat atas tekanan pihak Kementerian Pelajaran ekoran rasa tidak puas hati Putrajaya terhadap beberapa tinjauan politik yang dijalankan UMCEDEL.

Berita mengenai penyingkiran Dr Redzuan diketahui apabila UM mengeluarkan senarai dekan baru universiti Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.

Saifuddin dalam entrinya di laman facebook mengakui mengetahui berhubung perkara tersebut setelah dimaklumkan sendiri oleh Dr Redzuan.

"Prof Datuk Dr Redzuan Othman adalah Pengarah-Pengasas UMCEDEL & Dekan FSSS UM. Oleh kerana arahan daripada pihak tertentu d KPM, baru-baru ini beliau diarah meletak jawatan sebagai Pengarah UMCEDEL.

"Tapi beliau tidak menghebohkan cerita ini. Hari ini, beliau tidak disambung sebagai Dekan (walaupun dicalon oleh pensyarah-pensyarah FSSS). Cerita ini disiarkan The Malaysian Insider hari ini.

"Saya tahu akan cerita ini sejak awal (melalui beliau dan VC UM). Prof Redzuan terima kedua-dua keputusan ini dengan berapang dada. Atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti dengan beliau, saya meletak jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM) hari ini," tulisan beliau dipetik.

Sumber memberitahu TMI, tindakan menyingkirkan Dr Redzuan dibuat atas alasan beliau akan bersara tahun depan.

Menurut sumber, penyingkiran Dr Redzuan juga dibuat atas tekanan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang, rakan beliau ketika aktif di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). - HARAKAHDAILY, 30/6/2014

Prof Redzuan mangsa penguasa angkuh - Anwar

HARAKAHDAILY |
 KUALA LUMPUR: Berita pemecatan serta merta Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan (gambar) sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) tidak mengejutkan tetapi tetap mengecewakan dan tidak wajar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyingkiran secara melulu bertujuan memberi amaran kepada semua ahli akademik bahawa kebebasan mereka akan berakhir semata untuk mempertahankan kepentingan Umno.

"Dalam pentadbiran yang rakus ini, kebebasan mengkritik adalah hak mutlak kepada mereka sasarannya adalah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atau mereka yang kritikal terhadap Umno BN," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, penghukuman yang cukup pantas ini akan menimpa mereka yang menyokong apa-apa pandangan atau pendapat yang kelihatan kritikal terhadap Umno apatah lagi yang memihak kepada pembangkang.

Beliau berkata, nasib yang sama juga telah menimpa pakar ekonomi terkenal Prof Jomo KS, profesor sains politik Prof Dr P. Ramasamy dan pakar perlembagaan dan undang-undang Dr Aziz Bari tidak lama dahulu.

"Dan hari ini kita lihat ia menimpa Prof Redzuan yang telah terbukti menunjukkan prestasi akademik dengan profesional dalam bidang penyelidikan yang menuntut objektiviti lengkap dan kebebasan," ujarnya lagi.

Ketua Umum PKR itu menambah, amat jelas bahawa keputusan untuk tidak menyambung tempoh Profesor Redzuan sebagai Pengarah UMCedel amat tidak wajar.

"Beliau sekali lagi menjadi mangsa penguasa angkuh yang enggan melihat sarjana bersikap bebas dan berani," katanya.

Sehubungan itu, beliau ingin mengingatkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Idris Jusoh bahawa kuasa pelantikan dan pemecatan bukannya mutlak dan tindakan terbaru itu bukan sahaja melanggar kebebasan akademik malah pengkhianatan terhadap harapan rakyat terhadap peningkatan mutu dan kedudukan institusi pengajian tinggi. - HARAKAHDAILY 30/6/2014

BN jual tanah 35 kali lebih banyak, tapi hasil kecil

HARAKAHDAILY | KUALA LUMPUR:Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang berjaya mendapat pulangan yang lebih besar daripada penjualan tanah negeri, walaupun jumlah keluasannya jauh lebih kecil berbanding kerajaan BN sebelum ini melalui sistem tender terbuka yang berdaya saing.

Malah, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng, hampir separuh daripada hasil tersebut pula disalurkan bagi membina 20,000 unit rumah mampu milik untuk rakyat.

Tambahnya, kepada pihak yang mendakwa kerajaan negeri bergantung sepenuhnya kepada penjualan tanah bagi mendapatkan hasil, ia tidak benar memandangkan kerajaan BN telah menjual tanah dengan keluasan 35 kali ganda namun mendapat pulangan lebih kecil.

“BN sebelum ini menjual sekurang-kurangnya 3,661 ekar tanah dan mendapat RM1.0586 bilion. Manakala kami menjual hanya 106.1 ekar dengan hasil RM1.1102 bilion,” ujarnya dalam satu kenyataan dipetikRoketkini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, perbezaan itu adalah kerana kerajaan Pakatan sentiasa mengamalkan sistem tender terbuka bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak untuk dipulangkan kepada rakyat.

“Isu ini sering dimainkan BN melalui media kawalan mereka. Mujurlah rakyat Pulau Pinang tidak mudah ditipu. Malah Pakatan mendapat mandat terbesar dalam sejarah negeri pada Pilihanraya Umum lalu dengan 68% undi popular,” katanya lagi.

Dengan hasil yang diperolehi itu, katanya lagi, kerajaan negeri memperuntukkan RM500 juta untuk Skim Perumahan Awam Mampu Milik bagi membina 20,000 unit rumah di lima daerah di Pulau Pinang.

“Jumlah ini adalah yang terbesar yang disalurkan kerajaan negeri di Malaysia, dan kami sanggup menambahkan lagi peruntukan jika perlu," katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga menjadi perintis Skim Pemilikan Bersama untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang sukar mendapat pinjaman bank memiliki rumah, dengan memberikan pinjaman tanpa faedah sebanyak 30 peratus bagi membayar harga belian rumah tersebut.

Pilih Islam kerana agama mendamaikan

Felixia (dua kiri) bergambar bersama Zaidy (kiri).
Felixia (dua kiri) bergambar bersama Zaidy (kiri).
SELAYANG - “Jika memakai tudung sudah merasakan kedamaian dan ketenangan apatah lagi jika mendalami ilmu agama Islam,” luah bekas model, Felixia Yeap, 28, dalam satu program Kuliah Dhuha dan sembang santai anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dun Taman Templer, kelmarin.

Itu antara sebab model tersebut terus memakai tudung dan baru-baru ini mengumumkan akan mengucap kalimah syahadah pada 5 Ramadan ini yang juga merupakan tarikh lahirnya.

Katanya, dia juga sudah mempunyai nama baharu yang mempunyai maksud yang baik.

“Mula-mula runsing juga sebab tidak jumpa nama yang sesuai sehinggalah bermimpi dan selepas disemak didapati maksud nama tersebut baik.

“Nama itu akan saya umumkan selepas saya masuk Islam nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Felixia berkata, niat baiknya disokong keluarga terutama ibunya yang turut nampak perubahan dalam dirinya selepas mendalami Islam.

“Boleh dikatakan dulu saya seorang yang panas baran tetapi kini menjadi seorang lebih penyabar dan tenang.

“Meskipun ibu adalah Cina tapi cara hidupnya tidak terlalu bebas malahan menjaga adap termasuk aspek pakaian yang tertutup dan sopan,” katanya yang mengakui jiwa lebih tenang dan selamat selepas memakai tudung.

Berkongsi pengalaman pertama berpuasa Ramadan kali ini dia nyata  tidak sabar menjadi seorang Muslim.

“Dua tahun lepas saya pernah berpuasa sehari selepas diajak rakan dan kali ini akan berpuasa lagi.

“Kehidupan sebagai Muslim ada matlamat dan jika boleh mahu seimbangkan kehidupan di dunia dan di akhirat nanti,” katanya.

Sementara itu Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berkata, program Dhuha adalah salah satu aktiviti ke arah menjadikan dataran stadium sebagai dataran ilmu.

“Program hari ini (kelmarin) adalah kali kedua dan diteruskan dijadualkan 20 Julai ini dengan mengundang panel untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan.

“Pengisiannya tidak terlalu formal sebaliknya lebih kepada bual bicara santai untuk disesuaikan dengan semua lapisan umur,” katanya.

Saudi keluarkan amaran Ramadan

Penduduk Saudi sibuk membeli barangan keperluan sebelum Ramadan.
Penduduk Saudi sibuk membeli barangan keperluan sebelum Ramadan.
RIYADH - ARAB SAUDI. Kementerian Dalam Negeri tidak teragak-agak mengusir mana-mana ekspatriat didapati makan atau minum pada waktu siang di khalayak ramai sepanjang Ramadan.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata, ekspatriat bukan beragama Islam perlu menghormati sensitiviti umat Islam sepanjang bulan ini.

“Majikan perlu memaklumkan perkara ini kepada pekerja masing-masing kerana ianya sudah tertakluk seperti dalam syarat kontrak ketika pengambilan pekerja,” katanya dipetik Arab News

Sementara itu, penjara di Jeddah membebaskan lebih 500 banduan sebagai pengampunan sempena kehadiran Ramadan.

Pengarah Lembaga Penjara Jeddah, Ahmad Al-Shahrani berkata, syarat pengampunan itu selaras dengan persetujuan Raja Abdullah.

"Pembebasan itu sebagai tanda pengampunan kerajaan terhadap mereka sekali gus memberi mereka peluang untuk beribadah sepanjang bulan ini," katanya.

Kesan babi dalam 1 minit


  •  PROF DR ANUAR AHMAD PROF DR ANUAR AHMAD

SETIAP kali ke pasar, perkara utama yang selalu kita fikirkan ialah mahu membeli barangan yang baik sebagai santapan keluarga. Dan sebagai orang Islam, makanan itu seharusnyalah halal.

Namun dalam keadaan di sebuah negara yang lebih 70 peratus produk makanan dikeluarkan oleh pengusaha bukan Islam, tidak dapat tidak, pasti timbul keraguan dari segi status halalnya. Akan tetapi, kita memang tidak ada pilihan. Biarpun sangsi, perut perlu juga diisi.

Dalam keadaan ini, apa yang paling kita boleh harapkan ialah adanya logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Namun timbul pula isu-isu berkaitan logo halal Jakim.

Sudahlah jenuh dengan cerita logo halal palsu, kontroversi demi kontroversi turut mencarikkan keyakinan. Lalu ke mana lagi mahu disandarkan pergantungan?

Langkah Universiti Selangor (Unisel) membangunkan produk kit halal yang berfungsi untuk mengenal pasti bahan tidak halal dan berupaya memberikan keputusan dalam tempoh sesingkat seminit diharap akan membawa kelegaan dan menyelesaikan masalah umat Islam di negara ini, dan mungkin juga di seluruh dunia suatu hari nanti.

Ikuti kupasan lanjut berkaitan alat canggih ini daripada Naib Canselor Unisel, PROF DR ANUAR AHMAD yang disediakan wartawan Sinar Harian, Robiatuladawiyah Abd Rashad, Noor Ainulyakin Mohamad Ishak & Siti Nursyahidah Abu Bakar.

Anda sedang membeli-belah di pasar raya dan terpandang satu produk makanan yang begitu anda inginkan. Namun, mungkin akibat terpengaruh dengan penyebaran maklumat dalam media sosial kononnya produk berkenaan mengandungi unsur haram, anda dibelenggu rasa was-was.

Mengikut nasihat agamawan, apabila timbul rasa was-was, anda perlu jauhi makanan itu.

Akan tetapi dengan adanya teknologi halal kit, situasi anda tidak perlu sampai ke tahap itu.

Ini kerana teknologi yang sedang dibangunkan Universiti Selangor (Unisel) mampu memberikan anda jawapan halal atau tidak sesuatu makanan hanya dalam tempoh seminit.


Sangat cepat dan sangat mudah, bukan?

Dengan adanya teknologi ini, anda juga tidak perlu membawa senarai panjang logo halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk disemak setiap kali mahu membeli sesuatu produk yang mungkin logo-logo itu juga belum sahih keasliannya disebabkan peniruan pada zaman serba canggih ini sangat licik.

Sama ada terdapat logo halal Jakim ataupun tidak, anda boleh periksa sendiri untuk memastikan sesuatu produk itu mengandungi unsur babi ataupun tidak. Malah produk yang tidak ada logo halal sekalipun anda boleh kunyah dan telan tanpa was-was jika mendapati ia bebas daripada unsur haiwan itu.

"Inilah gunanya kit halal yang sedang kita usahakan," kata Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad ketika ditemui di kampus universiti itu di Shah Alam.
 
Mengenai projek kit halal itu, Anuar menjelaskan bahawa Unisel diberi peruntukan RM1.3 juta untuk membangunkan alat itu dalam tempoh 18 bulan dan dijangka siap pada Disember 2015.

"Alat ini bukan untuk makanan saja tetapi juga kosmetik dan ubat-ubatan," katanya.
 

Kesan zat babi serendah 0.001 peratus

Kit halal bukan perkara baharu. Sebelum ini, di negara kita sahaja sudah ada beberapa pihak terutama universiti yang cuba memajukan kit halal.

Namun setakat ini, teknologi yang akan dibangunkan Unisel dikenal pasti sebagai yang termaju.

"Kit halal yang ada sebelum ini berfungsi untuk mengesan kandungan DNA babi saja. Ini berbeza dengan apa yang kita akan keluarkan yang mana kit halal Unisel menggunakan teknologi pengesan nano bagi mengetahui kandungan zat babi sekecil 0.001 peratus," kata Anuar.

Sebagai contoh, kandungan perisa dalam makanan atau gelatin yang digunakan pada kapsul, zatnya memang terlalu rendah.  Apabila alat pengesan konvensional yang kemampuannya untuk mengesan hanya sekadar lingkungan 20 peratus, ia tidakakan dapat memberi bacaan tepat mengenai kandungan sebenar bahan terlarang dalam produk itu.

Itulah kelebihan kit halal Unisel yang mampu mengesan zat serendah 0.001 peratus iaitu zat paling rendah yang kebiasaannya terkandung dalam makanan,  kosmetik atau ubatan dalam pasaran
.

Bagaimana menggunakannya?

Mudah, sangat mudah! Hanya masukkan sampel ke dalam pengesan, kemudian goncang hingga larut dalam masa 10 saat. Seterusnya uji bahan yang sudah larut itu dengan alat pengesan elektronik pada kit.

Secara automatik, kit akan mengeluarkan cahaya floresen yang akan menentukan kandungan zat babi dalam tempoh seminit!


Siapa yang akan gunakan kit itu?

Kumpulan utama sasaran menggunakan kit halal Unisel ialah penguat kuasa. Selepas itu, baharulah ia diperluaskan kepada orang ramai. Namun alat berkenaan mungkin dikeluarkan dalam versi berbeza antara penguat kuasa dan pengguna.


Berkesankah?

Walaupun kecil bentuknya, kata Anuar, kit halal itu tidak perlu diragui kerana pihaknya melaksanakan mandat Kerajaan Selangor untuk membangunkan teknologi itu dengan penuh amanah dan tanggung jawab.

"Walaupun kecil ia dapat menjimatkan kos berbanding ujian makmal. Oleh itu, jangan ragu-ragu menggunakan alat ini, kerana hasil ujiannya diyakini tepat, setanding dengan hasil ujian makmal yang menelan belanja ribuan ringgit,” katanya penuh yakin.


Cabaran mendapatkan komponen

Namun  dalam setiap penciptaan, pasti halangan dan cabaran tidak dapat dielakkan. Ia diakui sendiri oleh Anuar yang mana katanya, proses mendapatkan komponen elektronik kit mungkin agak sukar kerana kini ia lebih kecil dan teknologinya berbeza.

"Teori tentang kit ini, memang tidak ada masalah kerana telah selesai, hanya menunggu bajet diumumkan kerajaan negeri untuk membeli komponen elektronik dan pengesan yang dijangka diperoleh Julai ini.

“Saya pernah menghasilkan alat yang hampir serupa sebelum ini. Namun, kebanyakan komponen digunakan ketika itu sudah tidak ada dalam pasaran. Jadi, kita perlu mendapatkan komponen baru yang lebih canggih. Kita juga akan menggunakan teknologi dan kepakaran dari Amerika Syarikat bagi memastikan alat ini mengikut piawaian sebelum dipasarkan,” katanya.


Hilangkan rasa was-was

Sebagai pengguna apabila ada alat yang boleh mengesan status halal dengan kadar segera, pastinya sesiapa juga mahu memilikinya bagi mengelak perasaan was-was yang membelenggu diri sebelum ini.

“Walaupun ada logo halal Jakim, ia masih dilihat kurang memberi keyakinan kepada pengguna berikutan banyaknya lambakan logo halal palsu di pasaran. Jadi, jika tidak mahu timbul rasa ragu-ragu, penggunaan kit halal seperti yang dinyatakan sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah itu,” katanya.

Oleh itu, harapannya, sekiranya kit ini siap kelak, ia bukan saja akan dipasarkan di Selangor dan negeri lain, malah di seluruh dunia agar kelebihannya dapat digunakan sebaiknya oleh umat Islam di mana-mana sahaja.

Bagi Unisel, penghasilan kit itu lebih kepada niat fardu kifayah kepada pengguna Muslim, bukan untuk mengaut keuntungan dan secara tidak langsung, ia juga boleh menjadi nilai tambah kepada kredibiliti Unisel.

Masjid di Patanni diserang, seorang jemaah mati


PATTANI 30 Jun - Beberapa lelaki bersenjata menyerang sebuah masjid di Pattani pada awal pagi hari kedua Ramadan, mengorbankan seorang jemaah.
Mereka melepaskan tembakan rambang ke arah Masjid Nuruddin, Kampung Thamuang, Daerah Panarek, Pattani, ketika umat Islam sedang menuju ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.
Menurut saksi, Umar Salaemae, 66, iaitu bapa imam masjid tersebut, meninggal dunia di tempat mengambil wuduk manakala seorang lelaki dikenali sebagai Raning Tokhuamuang, 47, cedera parah.
Mereka berkata beberapa suspek yang bersembunyi dalam hutan di sebelah jalan berhadapan masjid melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah orang ramai yang hendak menunaikan solat menyebabkan keadaan kelam-kabut dengan orang ramai lari menyelamatkan diri.
Jurucakap tentera, Kolonel Pramoth Prom-in, berkata pihak tentera mengucapkan takziah kepada mangsa kejadian. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140630/lu_11/Masjid-di-Patanni-diserang-seorang-jemaah-mati#ixzz3679mFT4F
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Negara huru-hara jika Akta Hasutan dimansuhkan - Dr. Mahathir


KUALA LUMPUR 30 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia boleh menjadi huru-hara sekiranya kerajaan meneruskan cadangan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.
Beliau berkata, ini kerana undang-undang baharu yang dicadang untuk menggantikan akta berkenaan tidak mampu untuk menghalang berbagai-bagai hasutan yang akan berlaku.
"Rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda Perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi raja juga dihapuskan," katanya dalam entri terbaharu blog beliau http://chedet.cc, hari ini.
Dr. Mahathir turut menyifatkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri telah menyebabkan peningkatan pelbagai jenis jenayah di negara ini.
"Tetapi hasutan walaupun ada dilakukan (sekarang) tetapi tidak melampaui batas," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140630/po_05/Negara-huru-hara-jika-Akta-Hasutan-dimansuhkan---Dr-Mahathir#ixzz3678wq3aS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Peniaga bazar Ramadan gagal pamer tanda harga akan dikenakan tindakan


30/06/2014 3:02pm

RAUB - Semua peniaga di bazar Ramadan wajib mempamerkan tanda harga untuk mengelak pembeli keliru dengan harga barangan yang dijual.
Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, lebih 200 anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang bersama 2,000 anggota skuad pemantau akan turun padang untuk meninjau perkara tersebut.
"Mereka yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
"Jika sabit kesalahan, peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga boleh di denda sehingga RM5,000 bagi perseorangan dan maksimum RM100,00 kepada syarikat,” katanya di sini.
Menurutnya, langkah meletakkan tanda harga pada setiap barangan yang dijual, akan lebih memudahkan orang ramai dan peniaga dalam urusan perniagaan.
Dalam masa yang sama, Shahiruddin turut memberi amaran kepada penjaja agar tidak menjual barangan dan makanan yang telah tamat tarikh lupus kepada pembeli untuk mengelakkan kejadian seperti keracunan makanan.
"Peniaga sepatutnya bertimbang rasa, jujur dan jangan mementingkan keuntungan semata mata, sebaliknya perlu lebih bertimbang rasa,” katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0630&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz3677VkO6V 
Hakcipta terpelihara 

Pyongyang lancar peluru balistik

Pyongyang lancar peluru balistik
Orang ramai menonton siaran berita televisyen di Seoul semalam, menunjukkan peluru balistik yang dilancarkan Korea Utara. 
SEOUL: Korea Utara melancarkan dua peluru balistik ke laut, kata pihak tentera Seoul, yang dilihat untuk menunjukkan tentangan menjelang lawatan Presiden China Xi Jinping ke Korea Selatan. Korea Utara melancarkan peluru ke Laut Timur (Luat Jepun) pada Ahad pagi, kata jurucakap kementerian pertahanan kepada AFP.

 “Kedua-duanya jatuh ke perairan antarabangsa, melepasi sempadan lautnya,” kata pegawai itu. Beliau tidak menjelaskan jenis peluru itu. Tetapi agensi berita Yonhap yang memetik pegawai tentera berkata, ia adalah peluru Scud jarak dekat yang berupaya mencapai jarak kira-kira 500 kilometer. Ia dilakukan tiga hari selepas Pyongyang melancarkan apa yang dipercayai peluru jarak dekat ke laut pada Khamis lalu.

Korea Utara tidak mengesahkan secara rasmi pelancaran peluru pada Khamis itu tetapi sehari kemudian Agensi Berita Pusat Korea memuji apa yang dipanggil sebagai kejayaan ujian dan peluru berprestasi tinggi, yang disaksikan oleh pemimpin Kim Jong-Un. Ia dilakukan beberapa hari sebelum lawatan negara oleh Xi ke Seoul untuk membincangkan isu termasuk program senjata nuklear Korea Utara yang dipertikaikan.

 Lawatan pada 3 dan 4 Julai ini — kunjungan pertama Xi ke Semenanjung Korea — juga adalah yang pertama dalam masa dua dekad bagi seorang pemimpin China melawat Korea Selatan, kerana sebelum lebih banyak ke Korea Utara. - AFP

Filipina berjaga-jaga


2014/06/30 - 04:25:07
gambar sebelum  gambar berikut
Foto
Pegawai polis Filipina mengiringi Mundos (kanan) ketika dibawa keluar daripada mahkamah di kem polis di Taguig, selatan Manila, Jumaat lalu.
Foto
Maklumat risikan dapati kumpulan militan rancang letup bom kereta



MANILA: Pasukan keselamatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di selatan Filipina semalam, kata polis selepas perisik tentera melaporkan kelibat militan Islam di wilayah berkenaan selepas penahanan pemimpin tertinggi kumpulan itu yang dikaitkan dengan al-Qaeda.

Minggu lalu, sepasukan tentera dan pegawai polis menahan, Khair Mundos, pakar membuat bom dan pemimpin Abu Sayyaf, yang menjadi terkenal awal dekad lalu dengan menculik warga asing. Mundos dikehendaki Amerika Syarikat, yang menawarkan ganjaran AS$500,000 (RM1.6 juta) bagi penangkapannya.

“Maklumat kukuh diterima, mendedahkan kemungkinan ancaman kepada keamanan dan keselamatan Wilayah 11, terutama di Bandaraya Davao.

Premis tiada Sijil Halal boleh didenda RM5j


2014/06/30 - 05:32:14
Kuala Lumpur: Premis perniagaan makanan yang tiada Sijil Halal tetapi menggunakan istilah bufet Ramadan untuk mempromosi jualan, boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan.

Mengikut Akta Perihal Dagangan, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, pemilik perniagaan itu yang disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5 juta bagi pertubuhan perbadanan dan denda maksimum RM1 juta bagi individu.

Pesalah juga boleh disabitkan kesalahan mengikut Perakuan dan Penandaan Halal akta sama, denda maksimum RM200,000 bagi pertubuhan perbadanan, manakala denda maksimum RM100,000 bagi individu.

JAKIM pantau lebih kerap

Pengarah Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Hakimah Mohd Yusoff, berkata pihaknya akan membuat pemantauan lebih kerap dan terperinci bagi memastikan semua pihak mematuhi undang-undang.

Katanya, walaupun pemantauan dijalankan di premis yang mempunyai Sijil Halal, penguatkuasaan berdasarkan aduan boleh diambil ke atas mana-mana premis yang melanggar akta itu.

“JAKIM dilantik sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan mengikut akta itu dan boleh mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang melanggar akta ini,” katanya kepada BH ketika dihubngi, semalam.
Beliau diminta mengulas penggunaan istilah bufet Ramadan yang digunakan sewenang-wenangnya sehingga mengelirukan umat Islam yang ingin berbuka puasa di premis perniagaan.

Kelmarin, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, meminta pengusaha premis makanan dan hotel mendapatkan Sijil Halal daripada pihaknya atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebelum mempromosi juadah Ramadan.

Gantung Sijil Halal

Tahun lalu, lapan premis dikenakan tindakan penggantungan Sijil Halal dan tindakan mengikut akta itu, manakala tujuh premis diberikan amaran.

Mengulas lanjut, Hakimah berkata, kesedaran pengguna semakin meningkat berdasarkan kekerapan orang ramai merujuk kepada JAKIM berhubung status halal premis yang menawarkan promosi sedemikian.

Arab Saudi taja 35 imam


2014/06/30 - 05:41:35
Arab Saudi  taja   35 imam
Umat Islam di ibu kota menunaikan solat sunat tarawih yang diimamkan oleh Syeikh Abdurrahman el-Dousuky Taha Radwan dari Mesir di Masjid Negara. - Foto Effendy Rashid

Imamkan solat sunat tarawih di seluruh negara sempena Ramadan 

Kuala Lumpur: Seramai 35 imam hafiz ditaja oleh Kerajaan Arab Saudi untuk mengimamkan solat sunat tarawih di masjid terpilih di seluruh negara sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata setiap negeri mendapat dua imam yang akan mengimamkan solat tarawih kecuali tiga imam di Sarawak dan masing-masing lima di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Kerajaan mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi; Menteri Hal Ehwal Islam Saudi, Syeikh Soleh Ala Syeikh; Duta Arab Saudi ke Malaysia, Fahad Abdullah Al Rasyed.

Jemput imam luar negara

“Selain itu, kita sudah menjemput imam tarawih dari dalam dan luar negara yang akan ditempatkan di empat masjid di bawah seliaan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) iaitu Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Othman berkata bagi Masjid Negara, imamnya adalah Syeikh Abdurrahman el-Dousuky Taha Radwan dari Mesir yang sudah menjadi imam jemputan tarawih di masjid itu sejak tahun 2010.
Sementara itu, imam jemputan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pula adalah Syeikh Dr Samy Abdul Rahman Al-Fakky dari Mesir dan Mufti Zimbabwe, Syeikh Ismail Musa Menk.

Sunday, June 29, 2014

Jawatan MB bukan milik peribadi: Anwar


  • Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSORAnwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

SHAH ALAM – Kedudukan jawatan menteri besar bukan agenda atau milik peribadi mana-mana pihak sebaliknya ia merupakan keputusan bersama antara PKR dengan parti komponen PR dan juga setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya menegaskan bahawa semua Adun dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusila berkaitan isu kedudukan Menteri Besar Selangor itu,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Sebelum ini, media melaporkan Pas Selangor menolak Abdul Khalid ekoran tindakannya yang sering membelakangkan PR dalam membuat keputusan.

Perkara itu disuarakan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman yang menyebut mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor bersetuju agar Abdul Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.

Pas Selangor turut menyifatkan barisan pimpinan PR wajar bertemu untuk berbincang bagi mencari pengganti Abdul Khalid.

MB perlu ada kedudukan dalam parti


  • Khalid IbrahimKhalid Ibrahim

SHAH ALAM – Penganalisis melihat jawatan Menteri Besar Selangor perlu diberi kepada pemimpin yang mempunyai kedudukan tinggi dalam parti.
 
Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, selain berkedudukan tinggi dalam parti, pemimpin tersebut juga perlu direstui oleh kesemua parti komponen.
 
“Pengganti menteri besar sekarang seharusnya mempunyai kedudukan paling kanan dalam parti. Maksud saya, paling tidak pun beliau Timbalan Presiden, Naib Presiden ataupun Setiausaha Agung.
 
“Kalau tak silap saya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) tiada kedudukan tinggi dalam parti. Peringkat nasional, dia bukan Timbalan Presiden, bukan Naib Presiden,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
 
Beliau juga tidak menolak ura-ura yang menyebut kemungkinan jawatan itu diserahkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ataupun Timbalannya, Azmin Ali.
 
“Boleh jadi tapi saya tidak pasti sama ada Presiden PKR mahukan kedudukan itu. Tapi yang digembar-gemburkan sebelum ini, Timbalan Presidennya, Azmin yang ada harapan mahukan jawatan itu.
 
“Saya rasa kalau PR menang Persekutuan, jawatan MB itu kecil sangat untuk Azmin. Saya rasa dia tak mahu jawatan itu. Tapi sekarang itu pilihan terbaiklah,” katanya.
 
Sementara Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, sekiranya Abdul Khalid sudah tidak menerima sokongan daripada parti termasuk Exco dan Adun, pertukaran menteri besar memang tidak dapat dielakkan.
 
“Kalau tiada sokongan daripada Adun, Exco dan rakyat terhadap Tan Sri Khalid, saya rasa kena ada pertukaran MB.
 
“Mungkin dia boleh undur diri atau kalau beliau tidak mahu berundur, paling teruk pun Adun buat undi tidak percaya,” katanya.
 
Beliau turut berpendapat pemimpin yang bakal mengganti Abdul Khalid perlu diterima semua parti komponen dalam PR termasuk Pas dan DAP.
 
“Orang yang nak ganti Abdul Khalid ini perlu diterima semua orang termasuk mendapat sokongan bukan saja PKR tapi juga Pas dan DAP.
 
“Persoalannya sekarang ini, siapa yang layak menggantikan Abdul Khalid? Ada yang kata Azmin, tapi ada yang boleh terima dan ada yang tidak boleh terima dia. Kalau Wan Azizah semua orang boleh terima dia tapi mampu tak jadi Menteri Besar? Kalau bukan mereka berdua, kena lihat pemimpin lain yang sesuai,” katanya.
 
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik melihat khabar yang beredar tentang pertukaran Menteri Besar itu bukan kerana prestasi pentadbiran Abdul Khalid sebaliknya bergantung pada parti yang memerintah.
 
“Setakat yang kita lihat penggal yang lalu, Abdul Khalid telah melakukan yang terbaik dan ekonomi Selangor menunjukkan peningkatan berbanding ketika di bawah pemerintahan BN.
 
“Kadang-kadang pertukaran Menteri Besar ini bukan kerana kegagalan pentadbiran tapi kerana bagi parti yang memerintah, mereka mungkin melihat ada kualiti yang lebih baik pada orang lain untuk ganti Menteri Besar sedia ada.
 
“Kita letak harapan, siapa pun yang mereka nak lantik akan dapat menerajui Selangor lebih baik daripada apa yang telah dilakukan oleh Abdul Khalid sendiri,” katanya.

Kekalahan Khalid, gugat kedudukan MB


  • Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian

SHAH ALAM - Kekalahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di cabang Kuala Selangor boleh menggugat kedudukannya di peringkat nasional, demikian menurut pendapat Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.

Beliau berkata, kalah dengan majoriti 100 undi itu menunjukkan seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"Abdul Khalid berdepan pelbagai krisis termasuk tuduhan salah laku (rasuah) dan desakan dalaman serta luaran yang dilihat boleh mencalar imejnya.

"Ini antara faktor kurangnya keyakinan penyokong terhadap kewibawaannya. Kerana itu, kedudukannya di peringkat tertinggi boleh terjejas," katanya.

Beliau berkata, walaupun Abdul Khalid mempamerkan kewibawaan tadbir urus yang baik namun, ia tidak mampu menjamin kepimpinannya dikekalkan.

"Ia secara langsung memberi implikasi besar terhadap kedudukannya selaku Menteri Besar Selangor. saya melihat beliau tidak mendapat sokongan dan hilang pengaruh," katanya.

Dr Sivamurugan berkata, isu rasuah yang dibawa pencabar S Manikavasagam yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor ketika pemilihan PKR pada 11 Mei lalu, dilihat berjaya meraih simpati pengundi di kawasan itu.

“Abdul Khalid tewas kepada seorang calon yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti. Pihak lawan berjaya memanipulasikan isu salah laku yang ditimbulkan, akhirnya Abdul Khalid tewas kepada percaturan politik,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Mad Jali berkata, corak pentadbiran yang mungkin tidak disenangi penduduk setempat mendorong kepada faktor kekalahan Abdul Khalid.

“Boleh jadi faktor kurang turun padang menyebabkan undian tidak memihak Khalid atau penyokong di kawasan itu mahu pemimpin baharu,” katanya.

25 tahun kutip barangan terbuang


  • Md Ali menunjukkan anugerah yang diterima bersama barangan kitar semula yang dikutipnyaMd Ali menunjukkan anugerah yang diterima bersama barangan kitar semula yang dikutipnya

PENDANG - Kecintaan terhadap alam sekitar mendorong seorang warga emas mengutip barangan terbuang di sekitar daerah ini untuk dikitar semula selain menjaga keindahan alam sekitar.

Md Ali @ Hassan Awang berkata, minatnya mengutip barangan kitar semula seperti tin kosong, kertas dan plastik timbul sejak 25 tahun lalu selepas isterinya melahirkan anak yang ketiga.

Menurutnya, aktiviti kitar semula ini bukan hanya dapat memelihara alam sekitar malah hasil daripada jualan barangan kitar semula juga dapat memberi pendapatan.

"Saya menyokong seruan kerajaan negeri menyasar meningkatkan kadar kitar semula daripada tiga peratus kepada 22 peratus menjelang tahun 2020 selaras dengan tahap kesedaran kitar semula yang ditetapkan oleh kerajaan pusat.

“Namun begitu, saya mencadangkan supaya dinaikkan harga barangan terbuang seperti tin-tin kosong ini kepada harga yang lebih tinggi sama seperti dahulu supaya orang ramai mempunyai kesedaran menjaga alam sekitar selain menjadi sumber pendapatan kepada
golongan yang tertentu,” katanya.

Md Ali berkata, dia pernah mendapat anugerah alam sekitar dari Ford Motor Company pada tahun 2000 kerana minatnya yang suka mengumpul barangan kitar semula demi menjaga alam sekitar.

"Diharap orang ramai turut mengamalkan amalan kitar semula agar negara lebih terpelihara dan terhindar dari penyakit berbahaya.

“Kita perlu tahu betapa pentingnya menjaga alam sekitar selain mengamalkan budaya kitar semula agar menjadi amalan dalam kehidupan,” katanya.

Seorang maut setiap hari


Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya seorang pegawai atau anggota polis meninggal dunia dalam tempoh sehari. Itulah hakikat perjalanan hidup tonggak Sang Saka Biru yang tidak pernah jemu mempertahankan dan memastikan negara ini sentiasa dalam keadaan aman dan damai.
Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, secara purata seramai 32 pegawai dan anggota polis meninggal dunia dalam tempoh sebulan sepanjang tahun ini. 
Katanya, ketika pihak tertentu menuding jari kepada PDRM kononnya ganas dan menyalahguna kuasa, ramai tidak tahu seramai 1,342 pegawai dan anggota polis maut manakala 359 yang lain cedera dan terlantar akibat hilang upaya kekal ketika melaksanakan tugas menjaga keamanan negara bagi tempoh lima tahun dari 2010 hingga Mei tahun ini. 

“Jumlah itu membabitkan pegawai dan anggota yang terbabit kemalangan, iaitu bencana ketika bertugas serta ketika dalam perjalanan pergi dan pulang ke lokasi tugasan.
Foto

“Sepanjang 2010 saja, tujuh maut manakala 26 cedera ketika bertugas manakala 354 maut dan 25 cedera berpunca daripada sakit akibat tekanan kerja dan kemalangan ketika dalam perjalanan ke lokasi tugasan.

“Pada 2013 pula, 18 maut ketika bertugas, termasuk lapan yang terkorban dalam insiden Lahad Datu, manakala 55 lagi cedera ketika bertugas. 

“Berdasarkan statistik itu, sekurang-kurangnya seorang pegawai atau anggota meninggal dunia setiap hari. Walaupun kita tidak minta, tetapi ini adalah hakikatnya,” katanya kepada Metro Ahad, baru-baru ini. 

Mohamad Fuzi berkata, statistik itu turut membuktikan setiap saat pegawai dan anggota polis terdedah kepada pelbagai risiko dan ancaman ketika melaksanakan tugas murni mempertahankan negara. 


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

‘Nama dalam mimpi’


Selayang: “Saya sudah mempunyai nama yang diperoleh melalui mimpi dan akan digunakan selepas saya memeluk Islam,” kata bekas model Felixia Yeap, 28, yang bakal memeluk Islam pada Khamis ini.
Menurutnya, dia akan hanya mengumumkan nama barunya pada majlis memeluk agama Islam nanti.
“Dalam dua tiga minggu kebelakangan ini, saya sedikit runsing memikirkan nama Islam saya.

“Bagaimanapun, pada suatu malam, nama itu muncul dalam mimpi dan saya terkejut boleh mengingatinya selepas bangun daripada tidur,” katanya ketika majlis Santai Ramadan Pertamaku di sini, semalam.
Foto
FELIXIA bersama pengunjung di majlis Santai Ramadan Petamaku, semalam.

Yeap berkata, pada mulanya dia menyangka nama berkenaan tidak membawa apa-apa maksud.

“Namun apabila saya memeriksa maksud nama berkenaan, ternyata ianya mempunyai maksud yang baik dan indah,” katanya.

Menurutnya lagi, dia mengimpikan menjadi Muslimah yang baik selepas memeluk Islam.

“Saya mahu masyarakat sekeliling mengambil iktibar kehidupan lampau saya.

“Pada masa yang sama, saya mahu mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat dan sudah tentu mahu berkahwin,” katanya yang mengakui sudah mempunyai calon suami yang bukan daripada kalangan ustaz.

Ditanya mengenai pengalaman berpuasa, Yeap berkata, dia pernah cuba berpuasa pada dua tahun lalu iaitu selama sehari, tetapi tidak merasai keindahan.

“Itupun saya diajak oleh kawan saya, namun pada waktu itu, saya ingatkan minum dibenarkan, jadi saya hanya tidak makan saja.

“Pada tahun ini, saya akan berlatih berpuasa bermula hari ini,” katanya yang menjadikan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Najwa Latif sebagai ikon wanita bertudung.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Amy Adams korban kemewahan


Saksi berkata, pelakon filem American Hustle itu ternampak seorang anggota marin di dalam pesawat dan berbual dengannya berhampiran kokpit.
Katanya, Amy kemudiannya bertanya kepada atendan pesawat sama ada dia boleh bertukar tempat duduk dan segera kembali ke tempatnya.
Aktres yang dilahirkan di sebuah pangkalan tentera AS di Itali itu pada asalnya menempah tempat duduk di kelas pertama.
Namun dia menukar tempat duduk itu dengan tentera marin bertuah berkenaan yang membeli tiket bagi kerusi kelas ekonomi.
Turut berada di dalam pesawat dalam penerbangan dari Detroit ke Los Angeles itu adalah penyampai rangkaian televisyen ESPN, Jemele Hill.
Menurut Jemele, ketika menunggu untuk menaiki pesawat, dia melihat Amy memandang ke arah tentera itu dan kemudian memberitahu sesuatu kepada individu yang bersama dengannya pada waktu itu.
“Selepas menaiki pesawat, saya melihat dia berada di ruangan kelas pertama, beberapa barisan di belakang saya.
Saya rasa mungkin dia berbincang sesuatu dengan atendan pesawat kerana sebelum berlepas dia meninggalkan tempat duduknya dan mereka membawa anggota tentera berkenaan duduk di situ.

Ia sesuatu yang sangat hebat dilakukannya,” katanya.
Bintang yang sering menerima pencalonan Oscar itu baru selesai menjalani penggambaran filem Batman vs Superman: Dawn of Justice berhampiran Detroit bersama Henry Cavill dan Ben Affleck.
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Pengganas atau wira?


Ketika negara Balkan terus dibelenggu perpecahan akibat kejadian berkenaan, beberapa acara berasingan diadakan bagi memperingati kejadian pada 28 Jun 1914 itu.
Pada tarikh itu seorang nasionalis Serbia Bosnia, Gavrilo Princip, 19, menembak mati tokoh bangsawan Austria, Archduke Franz Ferdinand dan isterinya, sebelum kejadian itu menyebabkan pelbagai peristiwa lain yang menjerumuskan kuasa besar Eropah berperang selama empat tahun.
Pembunuhan berlaku di sebatang jalang di Sarajevo apabila Princip menembak mati pasangan suami isteri terbabit.

Sesetengah pihak penduduk memperingati peristiwa itu dengan menghadiri majlis sederhana di Ypres, Belgium - bandar yang menjadi tempat pertama tentera Jerman menggunakan gas beracun untuk kali pertama pada 1915.
Foto
FERDINAND meninggalkan kereta api sehari sebelum dia ditembak mati oleh Princip pada 1914.

Namun perpecahan di Balkan menyebabkan ketua kerajaan tidak dapat hadir bersama-sama di tapak pembunuhan berkenaan.
Sejarawan Serbia di Bosnia, Slobodan Soja berkata, mustahil bagi penganjur membawa semua pihak - Serbia, Muslim dan Croat - untuk hadir dalam majlis berkenaan.
Muslim Bosnia menganggap Princip sebagai pengganas yang mencetuskan bencana, namun puak Serbia melihat remaja terbabit sebagai wira yang cuba membebaskan mereka daripada penjajahan Austria-Hungary.
Sebuah tugu memaparkan Princip setinggi dua meter turut dibina di timur Sarajevo dan mengadakan majlis sesetengah penduduk bandar raya itu mengadakan majlis di situ.
Sebelum perang Bosnia tercetus, Princip sangat dikagumi.
Dua tahun selepas mati di dalam penjara pada 1920, tulang rangka Princip digali dan dipindahkan di Sarajevo, manakala satu jambatan dinamakan sempena dia.

Sejarawan Muslim Bosnia, Husnija Kamberovic berkata, ketika etnik Serbia melakukan pembersihan etnik di situ, watak Princip kembali dianggap hebat.

“Apabila perang tamat, plak yang dibuat bagi memperingati Princip dibuang dan nama jambatan berkenaan dikembalikan kepada nama asal,” katanya. -AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29

Pantau kegiatan jihad rakyat kita: Muhyiddin


2014/06/28 - 07:00:55

Pagoh: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kegiatan jihad dalam kalangan rakyat Malaysia yang disifatkan sebagai pelampau di Syria dipantau bagi mengelak ia menular ke negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembabitan rakyat Malaysia dalam kegiatan itu cukup membimbangkan dan pihaknya sudah menerima laporan menerusi polis antarabangsa (INTERPOL).

“Kita pantau perkara ini. Kita sudah menerima laporan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi hubungan INTERPOL. Kita dapat maklum balas mengenai keadaan sebenar tetapi belum dapat menentukan secara terperinci tetapi ia sesuatu yang agak cukup membimbangkan.

Latihan bentuk ketenteraan

“Ini berikutan tindakan mereka dianggap sebagai pelampau, mungkin tujuan mereka untuk berjihad fisabilillah tetapi mereka dilatih dalam bentuk ketenteraan oleh pasukan bersenjata.

“Jadi ini sesuatu yang kita harus pantau, walaupun ia berlaku di luar negara, kemungkinan kalau mereka pulang ke tanah air. Kalau tak pantau, kumpulan ini boleh menimbulkan masalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan 15 rakyat Malaysia terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad terbunuh di Syria pada sidang media selepas Majlis Sumbangan Untuk Masjid dan Surau serta Anugerah Pelajar Cemerlang Parlimen Pagoh, di sini semalam.
Sebelum ini, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan Malaysia meminta pihak Syria mengesahkan dakwaan pegawai Syria yang berpusat di New York, Amerika Syarikat, pada sidang media 18 Jun lalu.

Muhyiddin berkata, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, Malaysia tidak mahu timbul keadaan huru-hara, walaupun perkara itu berlaku di luar negara seperti Syria atau mana-mana negara sekalipun.

“Kita tidak boleh memandang ringan isu itu. Pihak kerajaan membuat pemantauan menerusi hubungan kita dengan jabatan dan pihak berkuasa peringkat antarabangsa,” katanya.

TPM bimbang jenayah culik

TPM bimbang jenayah culik
Muhyiddin menyampaikan sumbangan kepada Ahmad Shafran Marsin dari Surau Kampung Sri Tanjung, Panchor di Kompleks Pekembar, Pagoh, semalam
. Pagoh: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kebimbangan mengenai kejadian culik dan jenayah membabitkan pelajar sekolah dan meminta semua pihak tidak memandang mudah kes seumpama itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun kejadian tidak berlaku di kawasan sekolah, perkara itu perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kes jenayah yang menjadikan pelajar atau murid sekolah sebagai mangsa.

\Bersatu tangani kejadian
“Memang kita cukup bimbang dan prihatin perkara itu dan dari segi kerajaan, kita tidak boleh pandang mudah, pihak berkuasa seperti polis menyiasat peristiwa itu dan kita juga harap masyarakat dapat bersama-sama untuk membantu.

“Di sekolah, kita sudah ada beberapa program untuk mengingatkan pelajar mengenai keselamatan diri supaya jangan mudah ikut orang luar yang nak pujuk atau membuat apa-apa perkara untuk memikat mereka sebagai tipu helah yang digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sumbangan Untuk Masjid dan Surau dan Anugerah Pelajar Cemerlang Parlimen Pagoh, di sini semalam.

Mengaku tak bersalah abai anak


2014/06/28 - 07:09:10

Mengaku tak bersalah abai anak
Lolanopita didakwa atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan di Mahkamah Sesyen di Seremban. - Foto Hazreen Mohamad

Seremban: Lolanopita Sadi, hanya mengangguk tanda memahami dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak remaja kurang upayanya dibaca jurubahasa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Kakitangan penyediaan makanan di sebuah syarikat katering yang memakai baju lokap jingga dan tudung merah kekuning-kuningan itu, tidak menunjukkan sebarang emosi ketika pertuduhan dibaca dan menggeleng kepala, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan.

Wanita berusia 40 tahun itu menghadapi pertuduhan pertama, iaitu sengaja mengabaikan Firdaus dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, didakwa dilakukan dalam sebuah bilik di Blok 15-1-9, Flet Taman Semarak, Nilai dekat sini, antara Januari lalu hingga kira-kira jam 2.30 pagi 21 Jun lalu. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan kedua

Pertuduhan kedua dihadapinya ialah dengan sengaja membiarkan Firdaus tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan dalam keadaan yang tidak patut di tempat sama, kira-kira jam 2.30 pagi pada 21 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 33(c) akta yang sama itu, tertuduh boleh didenda hingga RM5,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwaraya, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, memohon mahkamah mengenakan jumlah ikat jamin yang tinggi, iaitu RM7,000 bagi setiap pertuduhan dan seorang penjamin dengan alasan kes itu mendapat liputan meluas sejak hari pertama didedahkan media massa hingga semalam.

Peguam Hanif Hassan yang mewakili Lolanopita bagaimanapun meminta mahkamah mengenakan jumlah ikat jamin rendah, iaitu RM2,000 bagi setiap pertuduhan.

Katanya, tertuduh hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM1,150 sebulan dan perlu menyara dua anaknya, iaitu Firdaus dan seorang lagi anak lelaki berumur tujuh tahun.

Gelaran dua pemenang ratu cantik ditarik balik



COWEN


MIAMI, Florida - Dua pemenang pertandingan ratu cantik di negeri Florida dan Delaware hilang mahkota mereka pada minggu ini dalam dua kejadian yang berasingan.
Pemenang Ratu Cantik Delaware, Amanda Longacre hilang mahkota kemenangannya kerana pihak penganjur mendapati usianya melebihi had umur yang ditetapkan undang-undang Ratu Cantik Amerika.
Pada mulanya, dia dipilih pihak penganjur memenangi pertandingan tersebut pada 14 Jun lalu di Delaware, Amerika Syarikat (AS).
Namun, kemenangannya ditarik balik pada Rabu lalu.
Kemenangan Longacre itu ditarik balik kerana undang-undang pertandingan di AS menetapkan para peserta ratu cantik perlu berumur antara 17 tahun hingga 24 tahun.

LEWIS


Longacre pula akan berumur 25 tahun pada 22 Oktober depan.
Beberapa pegawai pertandingan ratu cantik kelmarin berkata, Longacre tidak melakukan sebarang kesalahan.
Menurut mereka, peserta ratu cantik itu turut meletakkan tarikh lahirnya dengan betul pada borang permohonan.
Pemenang tempat kedua, Brittany Lewis diumum sebagai pemenang baharu bagi menggantikan Longacre pada Khamis lalu.
Para pegawai pertandingan menyatakan, Lewis dan Longacre dibenarkan untuk menggunakan hadiah kemenangan berbentuk biasiswa sebanyak AS$9,000 (RM28,921) yang dimenangi mereka.
Dalam kejadian kedua, beberapa pegawai Pertubuhan Ratu Cantik Florida menamakan seorang pemenang baharu pada Jumaat lalu.
Pengumuman itu dibuat selepas terdapat kesilapan dalam keputusan penghakiman.
Ekoran keputusan tersebut, pemenang pertandingan itu, Elizabeth Fechtel ditarik balik oleh pihak penganjur.
Fechtel memenangi pertandingan itu pada minggu lalu.
Dia kini menduduki tempat kedua pertandingan tersebut.
Pihak penganjur kemudian mengumumkan Victoria Cowen sebagai pemenang baharu Ratu Cantik Florida bagi menggantikan Fechtel. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz35yLWLB8U 
Hakcipta terpelihara 

Kepala lembu berdarah ditinggalkan di depan rumah Rayer


PULAU PINANG 28 Jun - Kepala lembu yang masih berdarah ditemui di hadapan pagar rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer di Tingkat Tembaga, Island Park, di sini hari ini.
Rayer berkata, kepala lembu yang sudah disiat kulit itu ditemui seorang lelaki yang kebetulan melalui rumah ADUN berkenaan kira-kira pukul 7 pagi, sebelum memaklumkan kepada isterinya.
"Saya lalu menghubungi polis bagi melaporkan kejadian berkenaan dan turut memaklumkan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farid Aalthrash Wahid yang berada di tempat kejadian berkata, rakaman kamera litar tertutup di rumah Rayer menunjukkan kepala lembu tersebut diletakkan seorang lelaki yang datang menaiki motosikal.
"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan suspek untuk siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kegusaran dalam agama," ujarnya.
Rayer sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas melabelkan UMNO sebagai ‘celaka’ dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ne­geri bulan lalu serta mengulanginya di pentas ceramah DAP.
Sementara itu, Naib Presi­den UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan penemuan kepala lembu di hadapan rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer di Green Lane, Pulau Pinang hari ini sebagai ‘harga yang perlu dibayar’ jika bermulut celupar.
"Sebagai seorang ahli politik, saya bersimpati dengan apa yang telah beliau hadapi tetapi itulah harga yang terpaksa dibayar jika mulut celupar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Latihan Pengawal Keselamatan Bertauliah (CSG) di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Kubu Bharu, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai insiden penemuan kepala lembu yang masih berdarah di kediaman Rayer kira-kira pukul 7 pagi ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140629/je_04/Kepala-lembu-berdarah-ditinggalkan-di-depan-rumah-Rayer#ixzz35yKBpEr2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mataf bertingkat dibuka menjelang Ramadan


  • Projek pembesaran mataf tersebut dijangka dapat menampung 130,000 jemaah dalam satu masa.Projek pembesaran mataf tersebut dijangka dapat menampung 130,000 jemaah dalam satu masa.

MAKKAH - Projek pembesaran dan menaik taraf Masjidil Haram fasa kedua dilaporkan hampir siap.

Ketua Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais memaklumkan mataf atau laluan tawaf bertingkat untuk mengelilingi Kaabah akan dibuka menjelang Ramadan.

"Pembesaran mataf di aras pertama dan tingkat bawah yang dilengkapi lif serta tangga bergerak telah selesai sepenuhnya manakala aras kedua pula sudah siap 80 peratus," jelasnya.

Projek fasa kedua itu melibatkan pembesaran mataf di kawasan timur Masjidil Haram dari pintu Al-Fatah hingga pintu Umrah.

Difahamkan, projek tersebut akan dihentikan selama empat bulan untuk memberi laluan kepada jemaah umrah dan haji mengerjakan ibadah mereka, dipetik dari laporan  Arab News.