Saturday, June 21, 2014

Lebih 50 juta penduduk dunia berstatus pelarian



AFP
SEBAHAGIAN kanak-kanak Afghanistan di kem pelarian yang diuruskan oleh UNHCR dengan kerjasama Persatuan Perubatan Pergigian Pakistan kelihatan riang sempena sambutan Hari Pelarian Sedunia di Islamabad, Pakistan semalam.


GENEVA – Suruhanjaya Tinggi Bangsa Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) mengesahkan jumlah pelarian di seluruh dunia telah meningkat kepada 51.2 juta orang dan Syria merupakan negara yang paling teruk terjejas sejak berlakunya Perang Dunia Kedua.
Wakil UNHCR mengatakan bahawa pada akhir 2013, berlaku peningkatan sebanyak enam juta orang menjadi pelarian berbanding tahun 2012.
Pergolakan peperangan merupakan punca utama mereka terpaksa menjadi pelarian selain terpaksa menjalani kehidupan dalam keadaan miskin termasuk menjadi mangsa penindasan kerana perbezaan fahaman politik dan agama.
“Pada pendapat kami, sekiranya peperangan ini tidak dihentikan maka masalah ini tidak akan selesai,” kata ketua UNHCR, Antonio Guterres.
Jumlah pelarian tertinggi berlaku di bahagian Asia dengan sejumlah 3.5 juta pelarian, bahagian Afrika (2.9 juta) manakala di Timur Tengah dan Afrika Utara berjumlah 2.6 juta orang.
Sejak perang saudara meletus di Syria pada Mac 2011, sebanyak 2.5 juta rakyat negara itu telah melarikan diri ke luar negara, manakala 6.5 juta lagi terpaksa berpindah ke tempat lain di dalam negara.
Sebuah badan kerajaan, Amnesty mencatatkan sejumlah 1.52 juta pelarian Syria telah didaftarkan di negara Jordan, Lebanon dan Turki. Negara Kesatuan Eropah pula mendakwa menerima hampir 30,500 rakyat Syria dengan 25,500 orang memasuki Jerman.
Perkara yang sama turut berlaku di Myanmar apabila penduduk islam Rohingya sebanyak 57,400 melarikan diri akibat ditindas kerana berlainan agama. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz35E8yUne8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment