Wednesday, June 25, 2014

Pesawat turun naik


Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz dan Nabihah Nazam

Kuala Lumpur: Penyiasat antarabangsa mendedahkan pesawat Malaysia Airlines MH370 tidak berada pada kedudukan 45,000 kaki dan menurun ke 23,000 kaki sebelum ‘ghaib’ seperti dilaporkan radar tentera Malaysia.

Memetik laporan Akhbar New York Times, semalam, kumpulan penyiasat itu mendapati pesawat berkenaan turun naik seperti yang dipercayai mereka dan kekal dikawal selama beberapa jam sebelum gagal dihubungi dan hilang di sekitar Lautan Hindi selepas kehabisan minyak.

Kumpulan penyiasat antarabangsa turut membuat rumusan selepas pemeriksaan semula data tentera dan ping antara pesawat dan satelit Inmarsat sepanjang garisan khatulistiwa, ia menunjukkan bacaan altitud radar tidak tepat.

Semakan antarabangsa mendapati radar Malaysia gagal mendapatkan bacaan tepat sedangkan kebanyakan radar tentera mampu mengesan altitud dan memberi bacaan tepat kedudukan pesawat, kelajuan dan arah.

“Radar utama merujuk kepada altitud tidak boleh dipercayai,” kata Angus Houston, pesara tentera Australia yang mengetuai operasi pencarian pesawat MH370 di Selatan Lautan Hindi.

Bacaan radar menunjukkan pesawat menjangkau altitud maksimum iaitu 43,100 sebelum turun di kawasan pergunungan dan naik semula 23,000 kaki atau lebih di Selat Melaka.



Houston bagaimanapun memberitahu New York Times, dia ragu-ragu sama ada individu mempunyai bukti pesawat turun naik berdasarkan laporan.

Sementara itu, Ketua Komisioner Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan berkata, tiada apa yang boleh dipercayai mengenai ketinggian.

Penolakan data altitud radar membawa perubahan dalam fokus carian kerana bahan api pesawat akan kekal lama jika mengekalkan kedudukannya.

Data yang diperoleh daripada ping membawa penyiasat kepada kesimpulan pesawat terjunam ke lautan di selatan Australia sepanjang kawasan yang dikenali sebagai tujuh arka, lokasi terakhir gegaran pesawat berlaku.


“Kebanyakannya bersetuju itu lokasi terakhir pesawat kehabisan bahan api,” kata Dolan.


Pegawai berkata, misi carian kini beralih ratusan batu di barat daya sepanjang arka selepas kerajaan Australia mencari di kawasan tenggara berdasarkan rumusan pesawat kehabisan bahan api.

Akhbar New York Times melaporkan data itu masih lagi disaring, namun zon baru dipercayai sekitar 400 batu panjang dan 60 batu lebar.

Ia berdasarkan anggaran pesawat terbang dengan sistem pemanduan automatik dan sukar mengawal pesawat apabila enjin berhenti dan menyebabkan ia terjunam ke dalam laut.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

No comments:

Post a Comment