SEREMBAN - Remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah akan ditempatkan di institusi kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, remaja itu akan ditempatkan di institusi itu selepas mendapat perintah sementara daripada mahkamah.
Katanya, langkah itu bagi memastikan dia dijaga dengan baik dan diberi perlindungan.
"Sebagai seorang OKU, kita akan memberikan segala bantuan dan kemudahan yang diperlukannya. Dia akan ditempatkan di institusi kami yang bersesuaian dengan keadaannya.
"Kami juga akan memberikan kaunseling kerana emosinya belum lagi stabil," katanya kepada pemberita selepas melawat Muhammad Firdaus di HTJ di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz35bGmaNdV
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment