KOTA BHARU: Isu tuntutan royalti dibangkit kerajaan negeri dan rakyat Kelantan kerana kerajaan pusat dan Petronas tidak memenuhi perjanjian yang ditandatangani pada 1975.
Angggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, permohonan secara baik telah dilakukan sejak 2009, namun tidak dipedulikan pihak terbabit.
“Bila dah dapat apa yang menjadi hak kita, maka isu itu tak akan menjadi geger (bising) lagi,” ujarnya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang Enakmen Perbadanan Kemajuan Pertanian Kelantan pada persidangan Dun petang semalam.
Sebelum ini kerajaan negeri menghantar surat kepada kerajaan pusat dan Petronas bagi mendapat hak tersebut selepas mengetahui minyak dan gas disedut di perairan Kelantan sejak 2004.
Malah pada pertemuan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir tahun lepas, isu tuntutan royalti juga disentuh.
Kerajaan negeri juga membawa kes tuntutan royalti ke mahkamah bagi mendapatkan pengadilan melalui undang-undang.
Abdul Fattah juga berkata, Pengerusi pertama Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengakui hak Kelantan bagi mendapatkan royalti seperti dinikmati negeri pengeluar minyak lain.
“Pemimpin Umno jangan membuat tuduhan kerajaan negeri membuat bising, sedangkan hak yang sepatutnya dibayar dinafikan,” katanya.
Sebelum itu ketua pembangkang Datuk Norzula Mat Diah menyifatkan tindak tanduk kerajaan negeri menguar-uar isu tuntutan royalti menyebabkan kerajaan pusat enggan membayarnya.
Abdul Fattah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan turut merakam ucapan tahniah dan terima kasih kepada Pertubuhan R kerana konsisten memperjuangkan tuntutan royalti.
Katanya, anak-anak muda yang bernaung di bawah R sanggup mengorbankan masa mereka untuk menuntut hak rakyat Kelantan. -HARAKAHDAILY 25/6/2014

No comments:
Post a Comment