Riyadh: Seorang bapa menawar menjual buah pinggang untuk menyelamatkan anak perempuannya dan mengelak daripada diusir dari rumah walaupun menetap di sebuah negara pengeksport minyak terbesar dunia.
Tawaran Atiya Al Zahrani itu dibuat menerusi media sosial dan serta-merta mendapat pelbagai reaksi pembaca yang menggesa pihak berkuasa membantunya.
Atiya berkata, dia sanggup menjual buah pinggangnya untuk membayar kos rawatan anaknya, Reem yang berusia tiga tahun dan menghidap penyakit jantung serta otak.
Menurut Atiya, dia mengalami masalah kewangan kerana dibebani hutang.
Lebih buruk lagi, keluarganya mungkin diusir dari rumah mereka jika dia tidak menjelaskan sewa rumah.
“Semoga Allah menyembuh kanak-kanak ini. Di manakah anda yang budiman, Di manakah pihak berkuasa?” tanya Abu Safouk al Khaldi, seorang pengguna laman sosial ketika mengulas tawaran itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/24
No comments:
Post a Comment