Tuesday, June 24, 2014

Hisham dijangka tidak lagi pangku jawatan Menteri Pengangkutan


SEPANG 24 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan bahawa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak akan lagi memangku jawatan Menteri Pengangkutan tidak lama lagi.
Beliau berkata, majlis perasmian terminal tambang murah yang baharu, klia2 hari ini mungkin bakal menjadi majlis rasmi terakhir Menteri Pertahanan itu menyandang jawatan Pemangku Menteri Pengangkutan.
"Hishammuddin telah menunjukkan komitmen tinggi untuk menyiapkan klia2 seperti tarikh dijadualkan biarpun berhadapan isu kehilangan pesawat MH370.
"Terima kasih kepada Hishammuddin terhadap segala kerja kerasnya dan majlis ini mungkin tugas terakhirnya sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan, " katanya ketika merasmikan klia2 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140624/dn_29/Hisham-dijangka-tidak-lagi-pangku-jawatan-Menteri-Pengangkutan#ixzz35ZTufPet
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment