SYDNEY 20 Julai - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott hari ini menyifatkan lokasi nahas pesawat penumpang Malaysia Airlines, MH17 di Ukraine agak `huru-hara dan beliau bimbang campur tangan terhadap barang bukti akan berterusan.
Sebanyak 28 rakyat Australia dilaporkan berada di dalam pesawat malang itu yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine, Khamis lalu dan Abbott menegaskan usaha mencari mayat mangsa nahas adalah satu keutamaan.
``Kesukaran adalah bahawa lokasi nahas agak huru-hara, ia amat kelam-kabut. Keadaan yang sepatutnya berlaku di lokasi nahas kapal terbang, tidak berlaku, katanya kepada Australian Broadcasting Corporation. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140720/lu_09/Abbott-sifatkan-lokasi-nahas-MH17-huru-hara#ixzz383IFyFUR
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment