Monday, July 21, 2014

Pelajar Thailand mahu tentang junta


BANGKOK 21 Julai - Golongan mahasiswa Thailand dilaporkan sedang menggerakkan usaha menentang kerajaan junta dan mahukan sistem demokrasi serta kebebasan awam segera dikembalikan di negara itu.
Gerakan itu difahamkan digerakkan menerusi kumpulan kecil pelajar yang berkumpul di sekitar Bangkok dengan menerbitkan bahan bacaan alternatif sehingga mewujudkan aktiviti bacaan novel anti-autoritarian karya George Orwell, `Nineteen Eighty-Four’.
Tentangan itu turut menggunakan medium media sosial seperti Facebook sebagai wadah perjuangan mereka dengan mewujudkan kumpulan-kumpulan rahsia di Facebook, aplikasi telefon pintar sendiri dan akaun palsu bagi mengelak mereka dikesan pihak berkuasa.
``Saya sanggup untuk dihadapkan ke mahkamah tentera namun ia perlu berbaloi untuk sesuatu yang besar, sebuah perhimpunan atau sebagainya,’’ kata Anapit, 20, yang ditahan polis bulan lalu kerana merancang untuk berdemonstrasi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140721/lu_06/Pelajar-Thailand-mahu-tentang-junta#ixzz383FwxwCo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment