Thursday, July 3, 2014

Pensyarah universiti antara 5 suspek militan dikehendaki polis


KUALA LUMPUR 2 Julai - Seorang pensyarah di Fakulti Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, adalah antara lima rakyat tempatan yang dikehendaki Polis Diraja Malaysia hari ini kerana terlibat dalam kegiatan militan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka ialah pensyarah terbabit iaitu Dr. Mahmud Ahmad, 36; manakala empat lagi yang diburu ialah Mohd. Najib Husen, 36; Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39; Mohd. Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30.
Beliau berkata, kesemua mereka kini dipercayai berada di selatan Filipina. Tiga daripada mereka disyaki terlibat merekrut dan mengatur pemergian anggota-anggota militan dari Malaysia untuk menyertai kumpulan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) di Syria.
"Dua lagi (yang dikehendaki) adalah anggota Darul Islam Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140702/je_11/Pensyarah-universiti-antara-5-suspek-militan-dikehendaki-polis#ixzz36M8Hn9Lg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment