Friday, July 11, 2014

Romario mahu Ketua Gabungan Bola Sepak Brazil dipenjarakan



Romario


BRASILIA - Legenda bola sepak Brazil, Romario yang kini merupakan seorang wakil rakyat kelmarin menyatakan, Ketua Gabungan Bola Sepak Brazil (CBF), Jose Maria perlu dipenjarakan selepas Jerman menewaskan skuad negara ini dengan keputusan 7-1.
Menurutnya, timbalan Maria, Marco Polo del Nero yang sepatutnya mengambil alih jawatan Ketua CBF juga perlu dipenjarakan ekoran kekalahan memalukan itu,
Sehari sebelum perlawanan peringkat separuh akhir tersebut berlangsung, legenda bola sepak itu menyatakan, CBF dijangkiti rasuah kerana kelab-kelab gabungannya telah memilih pemimpin yang sama sejak bertahun-tahun lalu.
"Prestasi bola sepak kita telah merosot sejak bertahun-tahun lalu. Ia disebabkan para pemimpin yang tidak mempunyai bakat (untuk mentadbir badan bola sepak)," kata- nya.
"Mereka (para pemimpin bola sepak Brazil) tinggal di dalam bilik korporat yang mewah dan menikmati jutaan dolar wang yang masuk ke dalam akaun mereka," kata- nya yang pernah mewakili skuad bola sepak Brazil yang memenangi Piala Dunia 1994.
Bekas penyerang Brazil itu menyatakan, para pemain dan jurulatih tidak boleh diper- salahkan berhubung kemerosotan prestasi skuad negara itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0711&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz376r3iCsj 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment