SELASA, 26 OGOS 2014 @ 10:18 AM
NEW YORK: Pendakwa Amerika Syarikat hari ini berkata menantu lelaki Osama bin Laden wajar dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana peranannya sebagai jurucakap rangkaian al-Qaeda selepas serangan 11 September serta memberi ancaman terhadap Amerika.
Kertas pendakwaan yang difailkan di mahkamah hari ini, kerajaan berkata hukuman penjara seumur hidup terhadap Sulaiman Abu Ghaith adalah mesej yang amat jelas kepada sesiapa saja yang berniat atau merancang untuk menjadi pengganas.
"Keganasan adalah satu bentuk jenayah yang amat sukar untuk dibendung," kata pendakwa.
Kertas pendakwaan difailkan di Mahkamah Daerah Manhattan sebulan sebelum mahkamah dijadual menjatuhi hukuman pada 23 September ini.
Peguam Abu Ghaith, Stanley Cohen, meminta Hakim Lewis A. Kaplan awal bulan ini untuk mengenakan hukuman sehingga 15 tahun penjara terhadap anak guamnya dengan berkata ia hukuman yang setimpal.
Abu Ghaith dituduh Mac lalu atas dakwaan terbabit dalam konspirasi untuk membunuh rakyat Amerika dan memberi bantuan kepada al-Qaeda.
Abu Ghaith yang dilaporkan berasal dari Kuwait, berkahwin dengan anak perempuan sulung Osama, kira-kira lima tahun lalu.
Beliau adalah pemimpin paling tinggi dalam al-Qaeda sebelum diheret ke mahkamah Amerika. - AP

No comments:
Post a Comment