SELASA, 26 OGOS 2014 @ 11:25 AM
KUALA LUMPUR: Mendiang Ng Shi Ing, pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, akan sentiasa dikenang oleh pelajarnya, seorang pendidik yang berdedikasi dan menyampaikan ilmu tanpa bersandarkan buku semata-mata.
"Kami seronok belajar di dalam kelasnya, kurang tekanan dan dia mengajar kami sesuatu yang tidak dapat diperoleh daripada buku," kata penuntut UMS, Madiey Fazudin kepada Bernama.
Katanya, Ng sentiasa menyapa pelajar dengan mesra dan mengutum senyuman lebar setiap kali beliau memasuki kelas. Dia juga pandai berjenaka.
Ng, 33, lebih dikenali sebagai 'Miss JC' dalam kalangan pelajarnya, merupakan pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan Jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), menyertai UMS sejak 19 Sept 2011.
Seorang lagi pelajar Glenn A. Hilarion berkata, 'pensyarah dan penghibur yang baik' adalah gambaran paling sesuai untuk Ng yang merupakan seorang yang prihatin, penyayang dan periang.
"Semester lepas Ng memilih saya sebagai pengacara majlis di UMS dan memandangkan saya tidak berpengalaman, sudah pasti saya takut, tetapi dia memberi semangat kepada saya dan berkata 'sudah pasti ada permulaan untuk setiap perkara'," kata Hilarion.
Nur Amalina Samsuri, penuntut tahun empat program TESL berkata Ng seorang yang ceria dan pensyarah yang menawan.
"Saya satu-satunya pelajar dalam kumpulan saya yang mengulangi kertas 'Second Language Acquisition' (SLA). Saya begitu janggal apabila terpaksa mengulangi kertas itu dengan junior tetapi dia sering membabitkan saya dalam semua aktivitinya dan tanpa bantuan beliau, sudah pasti saya tidak dapat menamatkan pengajian tahun ini," katanya.
Pelajar lain, Stennia Miga berkata Ng memiliki karakter yang tidak boleh dilupakan kerana tahu macam mana mahu pelajarnya ketawa untuk menggembirakan kami serta mendapat tumpuan kami di dalam kelas.
"Selepas dia melahirkan Benjamin (anak lelakinya) beliau lebih periang. Dia akan beritahu kami tentang anaknya dan menunjukkan gambar Benjamin dan berkata 'saya tidak boleh pulang lewat, Ben perlu tidur pada 9 malam' menunjukkan betapa beliau amat menyayangi anak lelakinya," katanya.
Elucia Yong berkata beliau bertuah dapat menghabiskan empat semester bersama Ng yang beliau gambarkan bukan hanya seorang pensyarah tetapi juga idola mereka.
"Beliau adalah seorang yang tidak akan membiarkan emosi membelengu fikirannya, beliau rasional, sentiasa ada untuk mendidik, mencabar, mendengar, memberi galakan dan membimbing," katanya.
Ng, 33, ditemani adik perempuan bongsunya, Ng Lye Ti, 30, dan anaknya Benjamin Lee Jian Han, berusia setahun, dalam perjalanan pulang selepas membentangkan kertas kerja pada Persidangan Antwerp CALL (Pembelajaran Bahasa Bantuan Komputer) 2014 di Universiti Antwerp, Belgium.
Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai.
Ia ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. Sebanyak 43 rakyat Malaysia terbunuh dalam insiden itu. - BERNAMA
MENDIANG Ng Shi Ing bersama anaknya Benjamin Lee Jian Han. |

No comments:
Post a Comment