Friday, September 12, 2014

Batal beli Mercedes


Jakarta: Indonesia membatalkan pembelian kereta Mercedes Benz untuk kegunaan menteri kabinet akan datang ekoran kritikan awam mengenai perbelanjaan dana negara.

Setiausaha Negara, Sudi Silalahi semalam berkata cadangan pembelian kenderaan mewah untuk menteri dan pegawai kanan kerajaan sudah dibatalkan.



“Keputusan ini dibuat selaras dengan aspirasi masyarakat,” katanya.

Kerajaan sebelum ini meluluskan peruntukan membeli kereta baru Mercedes Benz untuk digunakan Presiden Indonesia serta menteri serta pegawai kanan Joko Widodo (Jokowi) yang bakal mengangkat sumpah 20 Oktober ini.

Bagaimanapun Jokowi secara terbuka berkata dia keberatan menggunakan kemudahan itu kerana kenderaan sedia ada masih boleh digunakan.

Minggu lalu Sudi berkata, pembekal tempatan, PT Mercedes-Benz Indonesia memenangi tender membekalkan kereta itu dengan peruntukan Rp92 bilion (RM24.6 juta).


Sementara itu Jokowi menyambut baik keputusan berkenaan dan menganggapnya sebagai langkah awal penjimatan wang negara.


- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/12

No comments:

Post a Comment