JUMAAT, 12 SEPTEMBER 2014 @ 6:08 PM

KERATAN muka depan akhbar BH pada Rabu, 10 September lalu.
ROTTERDAM: Ketua pendakwa Belanda yang bertanggungjawab ke atas penyiasatan nahas Penerbangan Malaysia MH17 akan memberi tumpuan kepada senario pesawat itu ditembak jatuh dari darat dalam siasatannya.
Fred Westerbeke daripada Pejabat Pendakwaraya Belanda memberitahu pemberita hari ini, kejadian di mana pesawat terbabit ditembak jatuh adalah senario yang mendapat perhatian paling banyak dalam siasatan jenayah antarabangsa bagi kejadian membabitkan Boeing 777 itu di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Pesawat itu terhempas di wilayah yang dikuasai pemberontak pro-Russia, mengorbankan semua 298 penumpang dan kru di dalamnya.
Satu penyiasatan nahas udara Belanda berasingan merumuskan minggu ini bahawa pesawat terbabit dirempuh dari luar oleh objek bertenaga tinggi. -AFP
No comments:
Post a Comment