Anggota PPS ketika menyertai perbarisan merdeka pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI |
GEORGETOWN - Kertas siasatan penuh penahanan 157 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) termasuk Adun Seri Delima , RSN Rayer dan Pengerusi PPS negeri, Phee Boon Poh sedang disiapkan untuk diserahkan kepada Ketua Unit Pendakwaan (KUP).
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kertas siasatan itu akan diserahkan selewat-lewatnya esok.
"Kita sedang melengkapkan kertas siasatan dan yakin dapat menyiapkannya dalam tempoh terdekat. Polis sudah membebaskan kesemua anggota PPS yang ditahan termasuk Rayer yang dibebaskan jam 7 pagi tadi.
"Polis juga sudah merekodkan kesemua keterangan termasuk empat anggota PPS yang positif dadah. Walau bagaimanapun, mereka akan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966," katanya kepada media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Deputi Superintendan Polis (DSP) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang tadi.
Menurutnya, jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

No comments:
Post a Comment