Seoul: Jika keadaan semasa berterusan, kemungkinan Korea Selatan akan menjadi padang jarak padang tekukur menjelang 2750.
Kajian terkini menunjukkan kadar kelahiran negara itu ialah 1.9 kanak-kanak bagi setiap seorang wanita.
Namun, apa yang lebih mengejutkan populasi Korea Selatan kini lebih besar berbanding Sepanyol dan ia akan menyusut sehingga setaraf Switzerland dalam tempoh beberapa generasi saja.
Menjelang 2136 Korea Selatan diramal kehilangan 40 juta daripada 50 juta penduduknya.
Di sesetengah kawasan, kesan itu menjadi lebih ketara.
Kajian agensi kerajaan itu menunjukkan Busan menjadi bandar pertama tidak didiami manusia pada 2413.
Selain Korea Selatan, Jepun juga dijangka mengalami masalah sama.
- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/02
No comments:
Post a Comment