Alvin Tan |
Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata, perbuatan lelaki itu bukan sahaja sangat keji dan tidak bermoral, malah boleh memudaratkan rakyat di negara ini.
“Ini antara sebab utama mengapa kerajaan tidak perlu memansuhkan Akta Hasutan atau perlu menggubal akta yang sesuai bagi menangani perilaku manusia biadab seperti Alvin Tan ini,” katanya.
Nazir yang juga Ketua Pemuda Umno Titiwangsa berkata, perilaku manusia keji ini mungkin kerana tiada didikan sempurna di rumah terutama tentang tanggungjawab dan semangat cintakan negara.
“Ini amaran keras dari Pemuda Umno kepada Alvin, berani buat berani tanggung. Jangan melarikan diri dan menyorok di luar negara. Kalau berani, balik semula ke Malaysia dan ulangi balik kata-kata itu,” katanya.
Beliau berkata, perbuatan Alvin ini adalah contoh kejayaan parti pembangkang khususnya DAP dalam memupuk kebencian terhadap pemimpin negara dan menyemai benih perkauman.
“Mereka (DAP) sering membuat provokasi sehingga menyebabkan ada generasi muda yang tidak lagi hormatkan pemimpin, malah melahirkan generasi yang kurang ajar seperti Alvin,” katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee memberi amaran kepada Alvin supaya jangan bersikap terlalu kurang ajar.
Beliau berkata, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan undang-undang dan peraturan negara, ada hak untuk meninggalkan negara ini.
“Jangan biadab dan tolong hormat kontrak sosial yang telah dimeterai dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 yang dirangka untuk tujuan menyelesaikan kepentingan semua kaum di negara ini,” katanya.
Menurut Syed Ali, tindakan Alvin itu jelas menghina institusi Umno dan sememangnya satu tindakan yang biadab.
Katanya menghina pemimpin yang merupakan Perdana Menteri memang tidak boleh dibiarkan.
Beliau meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan paling tegas termasuk melucutkan kerakyatan mana-mana pihak yang tidak menghormati undang-undang negara ini.
“Sebagai rakyat Malaysia memang kita ada hak untuk menyuarakan pandangan. Tapi kalau pandangan yang diberikan jelas menghina, menghasut atau tidak menghormati kontrak sosial negara ini, memang tidak boleh dimaafkan.
“KDN kena bertindak segera dan hadapkan Alvin Tan ke muka pengadilan. Ini bagi mengelakkan perkara yang sama berulang pada masa depan,” kata Syed Ali.
No comments:
Post a Comment