Sunday, November 2, 2014

Kerana ‘gila’ Susi jadi menteri


Jakarta: Presiden Joko Widodo (Jokowi) semalam berkata, beliau memilih Susi Pudjiastuti (gambar) menganggotai Kabinetnya kerana wanita berkenaan ‘gila’.
Bercerita mengenai hal itu dalam akaun Facbooknya, pemimpin Indonesia itu berkata: “Sebelum dipilih menjadi Menteri Perikanan dan Kelautan, Susi memberitahu saya: ‘Saya terkejut. Anda memilih saya menjadi menteri walaupun selama ini saya sering dituduh gila kerana suka mengemukakan idea dan mengkritik menteri sebelum ini, khususnya mengenai perikanan dan kelautan. Tapi anda masih mempercayai saya.’
“Saya dengan pantas menjawab, ‘Ya saya memang memerlukan orang ‘gila’ untuk membantu saya’.
Dalam tulisannya itu, Jokowi juga memuji cara pemilik syarikat penerbangan Susi Air itu bekerja. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 November 2014 @ 6:47 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5913#sthash.LaGfBxYf.dpuf

No comments:

Post a Comment