KUALA LUMPUR: Pentadbiran Universiti Malaya (UM) perlu menggugurkan dakwaan ke atas Fahmi Zainol jika tidak mahu dilihat sebagai cerminan kepada sikap Barisan Nasional yang hanya mahu mengawal dan ‘mencuci otak’ mahasiswa.
“Sedangkan sebagai mahasiswa dan generasi baru, mereka seharusnya dipupuk dan dibimbing untuk berfikiran kritikal agar berdiri sama tinggi seiring negara maju dalam usaha pencarian ilmu pengetahuan,” kata Lim Kit Siang dipetik Roketkini.
Sehubungan itu, Lim selaku Ketua Parlimen DAP melahirkan rasa kesal dengan pihak universiti yang mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Fahmi Zainol selaku Presiden Persatuan Mahasiswa UM dan lapan pelajar lain, kelmarin.
Mereka berdepan sembilan pertuduhan berhubung himpunan bersama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, di hadapan Dewan Tunku Canselor pada 27 Oktober lalu.
Antara pertuduhan dikenakan ke atas Fahmi ialah menganjurkan perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor dan menjalankan urusan yang ‘merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baik universiti’ di kampus.
Kit Siang dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, pentadbiran UM seolah-olah ‘berdendam’ dengan pelajar dan ahli akademik yang mempunyai pandangan tidak sealiran, melalui tindakan mengunci pagar dan menghalang pengucapan awam di dalam kampus.
Tegas Ahli Parlimen Gelang Patah itu, langkah tersebut bukan sahaja tidak meningkatkan kedudukan universiti, ia malah mencemarkan reputasi Malaysia di mata masyarakat akademik dan pemerhati antarabangsa.
“Sistem pendidikan kita telah gagal untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai pemikiran yang kritis. Maka, sudah tiba masanya untuk kita menggalakkan aktivisme mahasiswa yang cakna hal ehwal negara," ujarnya.
Menurut Lim, mahasiswa adalah golongan yang idealistik, dan generasi muda seperti itu wajar didorong untuk sentiasa prihatin terhadap urusan negara tanpa perlu pengaruh politik kepartian.

No comments:
Post a Comment