KUALA LUMPUR – Mayat Puan Sri Siti Amirah Kusuma, 83, mangsa terakhir rakyat Malaysia dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah dikenal pasti.
Siti Amirah merupakan nenek tiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Syukur Alhamdulillah, mayat kesemua penumpang (rakyat Malaysia) yang menjadi mangsa tragedi MH17 telah dikenal pasti.
“Ini salah satu tanggungjawab serta janji yang telah ditunaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kepada keluarga mangsa serta rakyat Malaysia,” kata Hishammuddin pada sidang akhbar di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3Hr0DddJk
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment