Dalam kejadian yang berlaku semalam di pesisiran pantai Mindarie, Australia Barat, lelaki berkenaan, Harrison Williams yang merupakan peminat sukan ekstrem, mengaku dia bertindak sedemikian kerana mahu menyelamatkan paus berkenaan.
“Saya melihat ikan paus itu seperti memerlukan bantuan tetapi sudah jelas bahawa saya terlambat membantunya,” kata Williams kepada akhbar Daily Mail Australia.
Bangkai paus itu dilihat terapung di kawasan perairan itu sejak beberapa minggu lalu dan pihak berkuasa Australia memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghampiri haiwan tersebut ekoran beberapa ekor ikan jerung harimau dan seekor ikan jerung putih mengelilingi bangkai paus berkenaan.
Jurucakap Jabatan Perikanan, Tony Cappelluti menyifatkan perbuatan lelaki itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh mendatangkan kesan buruk bukan sahaja kepada mangsa, tetapi orang lain yang melihat kejadian tersebut dan pihak yang mahu membantunya.
“Jika sekumpulan jerung sedang makan bangkai ikan paus dan lelaki itu berenang ke arah pemangsa itu, tindakan itu mengundang risiko tinggi,” katanya.