19 Disember 2014
BRUSSELS - BELGIUM. Kajian terbaharu yang dilakukan Stockholm International Peace Research Institute (Sipri) menunjukkan Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah Barat adalah pengeluar terbesar senjata dan aset ketenteraan di dunia pada 2013.
Menurut laporan mereka, industri pembuatan senjata kini bernilai 325 bilion euro (RM1.4 trilion) yang mana 45 peratus lebih tinggi berbanding sedekad lalu.
"Selain Britain, Perancis dan Itali juga memainkan peranan utama dalam industri terbabit," kata pakar perdagangan dan senjata Sipri, Aude Fleurant.
Menurut Press TV, institut antarabangsa bebas itu juga mendedahkan berlaku ketidaktelusan dan wujud amalan rasuah dalam industri senjata global terbabit.
No comments:
Post a Comment