Friday, December 19, 2014

Cerai kerana tak mahu jadi seperti Kim Kardashian


Kaherah: Seorang wanita Mesir menuntut cerai kerana enggan menurut permintaan suaminya untuk ke salon kecantikan dan menjadi seperti bintang televisyen Amerika Syarikat Kim Kardashian.
Dia juga memberitahu mahkamah, dia mahu diceraikan selepas mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
Dalam keterangannya kepada mahkamah, wanita itu berkata, suaminya berulang kali mengancamnya supaya pergi ke salon atau dia akan mengkhianatinya.
“Saya tidak mahu pergi kerana saya menjaga anak lelaki kami yang berusia dua tahun. Saya juga menjaga suami saya. Tiada sebab untuk dia mengkhianati saya kerana saya tidak pernah menolak keinginannya.
“Dia mahu saya kelihatan seperti Kim Kardashian atau Haifa Wehbe (penyanyi Lubnan), tetapi saya memberitahunya saya tidak mahu menjadi boneka seperti itu,” kata wanita berkenaan.
Ketika hakim bertanya mengenai tuntutan isterinya, lelaki itu mengaku sering mendesak supaya dia pergi ke salon kecantikan.
“Dia tidak pernah pergi untuk mencantikkan rambutnya. Saya cuma mahu dia melakukan sesuatu untuk dirinya. Saya manusia biasa dan saya tidak boleh dipersalahkan kerana membuat permintaan sedemikian,” katanya.
Hakim bersetuju membenarkan wanita itu bercerai selepas usaha menyelesaikan krisis rumah tangga mereka di luar mahkamah gagal. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 5:12 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17373#sthash.bzfj7Ovv.dpuf

No comments:

Post a Comment