Friday, December 12, 2014

Tiga Tentera Ukraine Maut, Kematian Pertama Sejak Gencatan Senjata


Diterbitkan: Khamis, 11 Disember 2014 7:14 PM
Gambar pada 30 November lalu menunjukkan tentera pro-Rusia membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang memasuki bandar Donetsk di Ukraine. Foto AFP

KIEV: Tiga tentera Ukraine maut dan lapan lagi cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata jurucakap tentera negara itu pada Khamis.
Ia merupakan kematian yang pertama sejak gencatan senjata diumumkan awal minggu ini.
"Kita kehilangan tiga tentera dan lapan lagi cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu," kata jurucakap, Andriy Lyssenlo.
Terdahulu dilaporkan bahawa gencatan senjata antara kerajaan dan kumpulan pemberontak di timur Ukraine mula berkuat kuasa pada Selasa lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment