Friday, December 12, 2014

Waris tolak pendahuluan pampasan



Kerajaan Malaysia komited untuk meneruskan operasi pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu bersama kerajaan Australia dan China.


KUALA LUMPUR – Banyak keluarga mangsa tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lalu belum mahu menerima wang pendahuluan pampasan AS$50,000 (RM165,000) yang disediakan untuk setiap keluarga waris oleh syarikat penerbangan itu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ini kerana ahli keluarga masih menaruh harapan bahawa penumpang MH370 selamat dan akan kembali ke pangkuan mereka.
“Kami telah pun menghulurkan pampasan pendahuluan sebanyak AS$50,000 kepada ahli-ahli keluarga, namun malangnya ramai yang belum mahu mengambilnya.
“Tindakan itu kerana mereka masih menganggap ahli keluarga mereka masih hidup apabila pihak berkuasa tidak menemui lagi pesawat mahupun mayat daripada tragedi MH370,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Raja Roopiah Raja Abdullah yang ingin me­ngetahui status pampasan yang diberikan kepada waris mangsa tragedi MH370 pada sidang Dewan Negara di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3LdYJ6ts4 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment