Wednesday, February 18, 2015

AS kecam pencabulan gencatan senjata di timur Ukraine


Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden. - Foto AP
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden hari ini menyalahkan kumpulan pemisah dan tentera Russia kerana mencabul gencatan senjata yang memasuki hari ketiga di timur Ukraine.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran pencabulan itu hanya akan meningkatkan lagi masalah dan kesulitan kepada Russia.
Biden mengecam keras keras pencabulan gencatan senjata oleh kumpulan pemisah yang bersekongkol dengan tentera Russia menyerang bandar Debaltseve," demikian menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Biden menghubungi Presiden Ukraine, Petro Poroshenko.
"Jika Russia meneruskan pencabulan ini, masalah yang dihadapi Russia akan bertambah," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment