Wednesday, February 18, 2015

Putin buat lawatan kontroversi ke atas Hungary



Presiden Russia, Vladimir Putin, (kiri) memperkatakan sesuatu bersama Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban ketika lawatannya di Budapest, hari ini. - Foto AP
BUDAPEST: Presiden Russia, Vladimir Putin mengadakan lawatan kontroversi ke Budapest hari ini bagi menunjukkan kepada dunia bahawa pemimpin Russia itu masih mempunyai sahabat di Eropah.
Beliau mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban ketika hubungan antara blok timur dan barat masih tegang berikutan krisis di Ukraine.
Kedua-dua pemimpin kemudian mengumumkan bahawa mereka mencapai satu 'persetujuan politik' berhubung kontrak perbekalan gas ke Hungary yang dikatakan lebih fleksibel bagi menggantikan perjanjian yang tamat tahun ini.
"Kami menilai reputasi kami sebagai pembekal yang bertanggungjawab bagi sumber tenaga di Eropah dan di Hungary," kata Putin, yang mendapat kecaman beberapa pemimpin Eropah sejak beberapa bulan lalu berikutan campur tangan tenteranya di timur Ukraine.
Perbincangan mengenai kerjasama gas itu menjadi agenda utama dalam lawatan sehari Putin di Budapest, selain menyentuh isu kebajikan bekas askar Soviet termasuk mereka yang terbunuh ketika perang antara Hungary dan Soviet Union pada tahun 1956. - AFP

No comments:

Post a Comment