Wednesday, February 18, 2015

Tentera Ukraine berundur dari Debaltseve - Poroshenko


ARTEMIVSK, Ukraine: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, berkata pihaknya sudah mengundurkan sebilangan besar anggota tentera dari bandar Debaltseve.
Poroshenko, dalam kenyataan di akaun Twitter rasminya, berkata tentera Ukraine mengundurkan 80 peratus daripada anggotanya dan dua lagi pasukan belum meninggalkan bandar itu.
Poroshenko turut menafikan dakwaan puak pemisah yang disokong Russia bahawa anggota tentera Ukraine dikepung.
Katanya, mereka meninggalkan bandar itu bersama senjata dan peluru.

No comments:

Post a Comment