KIEV: Russia dan puak pemisah "tidak mematuhi" gencatan senjata di timur Ukraine yang diusahakan Eropah, menurut Pejabat Presiden Ukraine.
"Harapan dunia untuk keamanan sedang dimusnahkan," kata Timbalan Ketua Pentadbiran Presiden, Valeriy Chaly, pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Ukraine menyatakan puak pemisah sudah menawan bandar strategik Debaltseve daripada tentera kerajaan dan pertempuran di jalanan sedang berlaku walaupun gencatan senjata berlangsung.
"Pertempuran di jalanan berterusan, puak pemisah menyerang bandar itu dengan pasukan tempur yang disokong artileri dan kenderaan perisai," menurutnya dalam satu kenyataan.
- AFP/Reuters
No comments:
Post a Comment