Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29961#sthash.FGSybvKW.dpuf
Kuala Lumpur: Kartunis Zunar atau nama penuhnya Zulkiflee SM Anwar UlHaque ditahan polis di bawah Akta Hasutan di Pantai Dalam, 9 malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan Zunar.
Menurutnya, polis menahan kartunis itu di hadapan kediaman lelaki itu di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam.
Penahanan itu dijalankan susulan arahan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat Zunar.
Zunar sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan di laman sosial Twitter menyebut: “Barua berjubah hitam bangga jatuhkan hukuman. Habuan dari tuan politik pasti lumayan.” selepas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara berkaitan kes liwat.
No comments:
Post a Comment