Kartunis Zulkiflee SM Anwar UlHaque berkata sepasukan polis muncul di kediamannya di Bangi malam ini untuk menahan beliau mengikut Akta Hasutan.
Zulkiflee yang lebih popular dengan nama Zunar berkata, pasukan tersebut tiba ke kediamannya di Pantai Dalam kira-kira jam 9 malam ini.
“Saya percaya akan terpaksa tidur di lokap pada malam ini,” kata ketika dihubungi Malaysiakini.
Operasi itu dijalankan susulan satu arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada pasukannya untuk menyiasat Zunar dan juga dua orang MP.
Ia ekoran kenyatan kartunis dan MP berkenaan berhubung kenyataan mereka berhubung pemenjaraan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terdahulu, kartunis itu dalam tulisannya di Twitter menyebut: “Barua berjubah hitam bangga jatuhkan hukuman. Habuan dari tuan politik pasti lumayan.” ~Malaysiakini
Sebelum itu The Malaysian Insider melaporkan..
Khalid melalui laman Twitter berkata polis perlu menyiasat segera kenyataan Zunar di laman berkenaan.
Zunar hari ini menulis di Twitter: "Barua-barua berjubah bangga menjatuhkan hukuman. Habuan daripada tuan politik pasti lumayan".
Khalid kemudiannya berkata: "Orang ini juga mengundang tindakan @PDRMsia."
Dalam reaksinya kepada The Malaysian Insider, Zunar mengalu-alukan siasatan polis itu.
Jelasnya, kenyataannya bersifat "puisi umum" dan tidak menamakan mana-mana hakim.
"Ia sangat umum, jadi mana-mana hakim yang mengikut skript pasti dapat habuan lumayan dari tuan mereka," kata Zunar.
Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menjadi wakil rakyat pertama mendapat perhatian Khalid selepas dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Khalid berkata tindakan akan diambil terhadap Nga di bawah Akta Hasutan.
"Orang di bawah ini sengaja mengundang tindakan @PDRMsia. Kita akan ambil tindakan dibawah Akta Hasutan," katanya merujuk kiriman Twitter Nga.
Sebelum itu, Nga menulis di Twitter: "Rakyat berdoa untuk Datuk Seri Anwar tetapi tidak kesampaian. Sudah tiba masa rakyat menentang rejim yang zalim". – 10 Februari, 2015.
Manakala Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli juga akan disiasat, menurut Khalid, selepas ahli Parlimen Pandan itu mengirim gambar seorang hakim berjubah hitam berserta simbol dolar.
"@PDRMsia siasat juga tweet ini yg cuba menghasut Rakyat mempercayai Hakim di bayar," tulis Khalid.
Sementara itu, Zunar menyeru Khalid mendengar dengan sendiri keluhan rakyat di jalan raya.
"Jangan duduk pejabat dan baca tweet, dia harus turun ke jalan raya dan dengar keluhan rakyat bagai mana polis dan kehakiman telah hilang wibawa."
No comments:
Post a Comment