Pembantu kepada bekas Perdana Menteri, Sufi Yusof berkata langkah itu terpaksa diambil kerana 'laman web itu telah mengalami masalah kerana trafik yang tinggi'.
"Blog ini tidak disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Oleh kerana trafik yang berat, kami terpaksa menggantungnya.
"Pihak pentadbir sedang melakukan kerja-kerja pemulihan," katanya kepada The Star Online.
SKMM menjelaskan pihaknya tiada kaitan dengan laman web tersebut yang disekat.
No comments:
Post a Comment