Wuhan (China): Seorang penuntut di Kolej Seni Hubei di sini cuba memikat pelajar perempuan dengan bernyanyi di hadapan potret bogel dirinya sendiri.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36540#sthash.gNOKA0gZ.dpuf
Bagaimanapun, cara pelik pelajar tahun tiga itu gagal menarik minat seorang pun pelajar perempuan dan lebih teruk lagi dia hanya menjadi bahan ketawa di kolej berkenaan.
Pelajar jurusan digital media, He Chengyun memperkenalkan dirinya di satu lokasi di kolej berkenaan sebelum bermain gitar di belakang satu potret bogel dirinya.
Beberapa rakan sekelas Chengyun turut memberi sokongan dengan mengedarkan satu risalah yang mengandungi maklumat lelaki itu kepada pelajar perempuan.
Walaupun persembahan itu dirancang dengan rapi tetapi usaha Chengyun hanya memakan diri.
Semua pelajar perempuan memilih untuk mengambil jalan lain yang lebih jauh bagi mengelak melihat persembahan Chengyun.
Lebih malang lagi, dia hanya dikelilingi pelajar lelaki yang hanya mahu mentertawakannya dan mengambil gambar.
Menurut laman sesawang iFeng, seorang wartawan menemubual 25 pelajar perempuan dan 20 daripada mereka memberi reaksi negatif dan langsung tidak tertarik terhadap persembahan Chengyun.
Satu-satunya perkara positif yang boleh dibanggakan Chengyun adalah dia kini lebih dikenali di kolej.
“Potret bogel saya ini melambangkan kejujuran saya terhadap bakal teman wanita saya,” kata Chengyun.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 7:59 AM
No comments:
Post a Comment