Friday, March 13, 2015

Hantar ‘tsunami’ ke Australia

Jakarta: Indonesia mengancam melepaskan ‘tsunami manusia’ ke Australia sekiranya Canberra berterusan membangkitkan kemarahan republik itu mengenai pelaksanaan hukuman ke atas dua anggota kumpulan Bali Nine yang menanti hukuman mati.
Menteri Keselamatan Indonesia Tedjo Edhy Purdijatno memberi amaran negaranya akan menghantar pemohon suaka sebagai balasan.
“Indonesia selama ini memainkan peranan penting menghalang migran tanpa izin dari negara lain pergi ke Australia. Namun, jika Canberra berterusan dengan sikapnya ini, Jakarta pasti akan melepaskan migran yang menanti peluang memasuki Australia.
“Sekarang ada lebih 10,000 pencari suaka di Indonesia. Jika dilepaskan ke Australia, tak ubah seperti tsunami manusia,” katanya.
Australia berdepan masalah pemohon suaka yang bertambah setiap tahun dan mereka kerap menjadikan Indonesia tempat persinggahan.
Ramai mati dalam perjalanan menaiki bot usang selepas membayar harga tinggi kepada penyeludup manusia.
Bulan lalu, Abbott mengungkit bantuan A$1 bilion (RM2.8 bilion) diberi Canberra kepada Indonesia selepas tsunami 2004 yang mengakibatkan 220,000 kematian.
Selain dua anggota Bali Nine itu - Andrew Chan dan Myuran Sukumaran - beberapa warga asing lain turut menanti pelaksanaan hukuman mati mereka kerana kesalahan membabitkan dadah.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 8:22 AM


WARGA Perancis, Sergei Atlaoui dikawal polis ketika meninggalkan Mahkamah Daerah Tangerang, Jakarta, selepas memfailkan permohonan mengkaji semula keputusan hukuman mati ke atasnya, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36303#sthash.C8I0AwHI.dpuf

No comments:

Post a Comment