Tuesday, April 7, 2015

Iklan pujuk kekasih

Beijing Seorang ahli perniagaan menempah iklan di sebuah akhbar arus perdana di sini semata-mata untuk meminta maaf daripada kekasihnya.
Lelaki yang dikenali sebagai Scott Xu itu menempah empat muka surat iklan di akhbar Beijing Youth Daily pada keluaran Khamis lalu.
Pada muka surat pertama memaparkan gambar lelaki itu bersama kekasihnya dan pada muka surat kedua menyiarkan sepucuk surat permohonan maaf yang ditulis dalam bahasa Inggeris.
Antara kandungan surat itu: “Kepada Xuan, hari ini mungkin hari yang biasa, tetapi sangat bermakna untuk kita. Saya memohon maaf kerana sering menyakiti kamu dan saya yang akhirnya terluka.
“Saya mahu kamu tahu bahawa kamu sangat penting dalam hidup saya dan saya sangat mencintai kamu. Tiada siapa yang boleh memberikan cinta seperti kamu yang sangat unik dan istimewa,” katanya.
Untuk dua muka surat seterusnya, Xu hanya menulis beberapa patah perkataan kepada kekasihnya.
Pada muka surat ketiga hanya tertera mesej: Saya membiarkan muka surat ini kosong” dan di muka surat terakhir “Kerana saya tidak tahu untuk menulis apa lagi”.
Menurut wakil Xu, ahli perniagaan itu membelanjakan 600,000 yuan (RM353,907) untuk menempah iklan berkenaan.
Ahli perniagaan itu dilaporkan mahu memujuk kekasihnya selepas mereka bertengkar baru-baru ini.
Difahamkan, pasangan itu baru bercinta selama tiga bulan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2015 @ 5:26 AM


IKLAN yang menyiarkan gambar Scott Xu bersama kekasihnya, Xuan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41564#sthash.np6SezTb.dpuf

No comments:

Post a Comment