ADRIAN QUINN (kanan) berbesar hati memberi ganjaran kepada Mohammed Nisar yang memulangkan kembali wangnya yang tertinggal di dalam teksi. AGENSI
LONDON 6 April – Seorang pemandu teksi beragama Islam yang jujur, bertindak memulangkan wang tunai sebanyak 10,000 pound (RM 54,542) kepada seorang penumpang yang meninggalkan wang tersebut di belakang tempat duduk teksinya.
Mohammed Nisar, 55, membawa Adrian Quinn seorang ahli perniagaan ke Stesen Kereta Api Walsall apabila dia tertinggal beg yang mengandungi wang tunai tersebut dalam keadaan terburu-buru.
Quinn, 46, yang memperoleh wang itu dari harta peninggalan mendiang ibunya, berasa sangat sedih dengan kehilangan wang berkenaan.
“Saya berasa amat sedih kerana wang itulah satu-satunya harapan saya untuk menyelamatkan perniagaan,” katanya.
Tidak lama kemudian, pemandu teksi itu pulang ke tempat dia menghantar Quinn untuk memulangkan wang tersebut.
Terharu dengan perbuatan jujurnya, peniaga tersebut memberi ganjaran wang tunai serta menjemput keluarga Mohammed Nisar untuk makan malam di rumahnya.
“Nasihat saya kepada semua pemandu teksi di luar sana, pulangkan apa sahaja harta benda penumpang kepada mereka jika menjumpainya,” kata Mohammed Nisar.
No comments:
Post a Comment