Tuan Ibrahim Tuan Man |
KUALA LUMPUR - Pas sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama politik bersama Umno/BN.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pas akan terus istiqamah dengan dasarnya untuk menegakkan negara Islam dan usaha untuk menjalin kerjasama dengan Umno tidak pernah wujud.
"Walaupun isu ini sudah berkali-kali ditegaskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengenai isu ini namun kita masih lagi mendengar perihal ini.
"...Pas berkali-kali tidak akan bersama BN, kita wujud sebab untuk lawan BN/Umno, sejak hari pertama hari lahir kita lagi," katanya kepada pemberita di sidang media bersama Pas di Hotel Plaza, semalam.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata berdasarkan keadaan kini mana mungkin Pas akan bersama BN.
"Dalam kemelut yang dihadapi sekarang, dengan isu rasuahnya, penyelewengan mana mungkin kita akan bersama BN.
"...Pas akan terus istiqamah dengan dasar kita, di bawah naugan Islam sebagai rahmat untuk semua dan perlembagaan negara," katanya lagi.

No comments:
Post a Comment